1 Mac 2013

Saya akan pergi - Benitez

Pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez akhirnya tunduk kepada desakan penyokong The Blues apabila mengesahkan, dia akan meninggalkan kelab tersebut hujung musim ini.


Benitez menjadi sasaran kritikan sesetengah penyokong Chelsea sejak dia dilantik menggantikan tugas Roberto Di Matteo, November lepas.

Walaupun Chelsea berjaya menewaskan Middlesbrough 2-0 awal pagi semalam untuk mara ke suku akhir Piala FA di samping turut melangkah ke pusingan kalah mati Liga Europa namun ia bukan alasan kuat untuk memujuk hatinya yang terluka.

Benitez yang dilantik menguruskan kelab London itu untuk sementara waktu dalam sidang akhbar semalam mengakui, kritikan yang diterimanya daripada sesetengah penyokong The Blues telah memaksanya melupakan hasrat untuk menggalas jawatan tersebut secara kekal.

“Saya telah berada dalam arena bola sepak sejak 26 tahun lalu,” katanya selepas kejayaan ke atas Middlesbrough semalam.

“Saya telah memenangi gelaran Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia FIFA, Piala FA, Piala Super Itali, Liga Sepanyol dua kali dan merangkul sembilan trofi yang ada di peringkat saingan kelab.

“Tetapi ada sekumpulan penyokong yang tidak banyak membantu kelab ini apabila mereka terus mengutuk dan sanggup menyiapkan kain rentang untuk saya,” katanya.

Benitez juga menyalahkan pihak pengurusan Chelsea kerana menawarkannya kontrak sebagai pengendali sementara.

“Semuanya kerana kesilapan seseorang. Mereka lantik saya sebagai pengurus sementara dan beritahu saya akan meninggalkan kelab ini hujung musim nanti.

“Jadi penyokong pun mula mencari pasal dengan saya.“Mereka harus beri sokongan kepada pasukan, itu yang patut mereka buat. Tetapi mereka tidak membantu langsung kelab ini, penyokong Chelsea yang lain dan juga pemain kelab ini.

“Kalau kami tidak mencapai sasaran iaitu menduduki kelompok empat pasukan teratas dan beraksi di Liga Juara-Juara musim depan, saya akan pergi dari sini.

“Saya seorang pengurus dan saya yang menentukan pasukan ini. Saya akan pilih siapa yang saya mahu dan akan buat keputusan.

“Selepas ini saya akan pergi juga kerana saya di sini hanya sementara seperti yang mereka mahukan. Jadi mereka hanya membuang masa sahaja,” jelasnya.[sumber]

1 Pengulas Sukan:

EH - Ekslamasi Holistik berkata...

Follower #36.
Ohh dia akan pergi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...