Chelsea mengemukakan bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak (FA)
Inggeris kelmarin mengenai apa yang mereka anggap bahasa kurang sesuai
dilemparkan terhadap pemain dari Nigeria, John Obi Mikel oleh pengadil
Mark Clattenburg ketika tewas kepada Manchester United, hujung minggu
lalu.
Juara Eropah itu bagaimanapun memutuskan tiada bukti kukuh untuk
menyokong bantahan kedua membabitkan perkara sama ke atas pemain lain,
dengan ketua kesatuan pemain, Gordon Taylor menamakan pemain tengah
Sepanyol, Juan Mata.
Chelsea yang memimpin saingan liga, membuat dua aduan kepada delegasi perlawanan selepas kekalahan 2-3 itu yang mereka anggap sebagai prosedur betul tapi kini hanya satu aduan saja dikemukakan secara rasmi kepada FA.
“Sejak melaporkan perkara itu kepada delegasi, kelab serta penasihat undang-undang dari luar sudah melakukan siasatan lanjut.
“Selepas melalui proses itu, kami kini mahu melalui protokol yang betul dan membuat aduan secara rasmi kepada FA mengenai isu John Obi Mikel.
“Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada FA dan polis kerana kedua-dua pihak akan melakukan siasatan rapi mengenai kes ini.
“Kerana kes Ahad lalu kini masih dalam siasatan, kami tidak dapat
memberikan komen lebih lanjut hinggalah semua prosedur selesai,” ulas
pengurusan kelab itu.
Polis London kini meneliti aduan itu yang kembali membuka episod baru saingan Liga Perdana Inggeris selepas kapten Chelsea, John Terry dikenakan hukuman penggantungan empat perlawanan kerana bersikap perkauman.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan