Pengurus Chelsea, Roberto di Matteo menyifatkan faktor keletihan ketika menentang
Manchester United (MU) dalam saingan Piala Capital One Khamis lalu
penyebab utama mereka gagal meraih tiga mata penuh pada aksi Liga
Perdana Inggeris (EPL).
"Kami berasa sangat letih minggu ini selepas dua perlawanan dengan MU, kami terpaksa bekerja keras dan perlawanan memasuki masa tambahan.
"Ia amat sukar untuk kami menang, jadi saya tidak kisah apa yang berlaku dan apa hasilnya," kata di Matteo.
Semalam, jaringan Pablo Hernández pada babak-babak akhir perlawanan membuatkan Chelsea gagal mempertahankan kedudukan selaku pendahulu EPL apabila sekadar mengutip satu mata.
Dengan keputusan itu, Chelsea turun ke tangga kedua, dengan mengumpulkan 23 mata hasil 10 perlawanan setakat ini.
Pada masa sama, di Matteo enggan menyalahkan kontroversi yang telah melanda Stamford Bridge sebelum ini, sebaliknya memuji prestasi pegawai dalam perlawanan semalam.
"Bercakap mengenai mutu pengadilan bola sepak, semua orang menginginkan seperti mana perlawanan semalam, termasuk saya," jelas beliau.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan