Terkejut dengan senarai pencalonan Anugerah Ballon
d’Or, jurulatih Chelsea, Roberto Di Matteo mempersoalkan senarai pendek
yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Dalam senarai itu, hanya bekas pemainnya, Didier Drogba disenaraikan, dan Di Matteo percaya pemainnya layak untuk berada dalam senarai 23 pemain tersebut.
“Sebagai juara Liga Juara-juara Eropah, pemain kami sepatutnya diberi pengiktirafan, tetapi apa yang berlaku, ia amat mengecewakan.
“Saya tidak tahu bagaimana pemilihan dibuat, dan mungkin pembabitan mereka dalam pasukan kebangsaan turut diambil kira,” katanya.
Di Matteo sebelum ini menyenaraikan 10 pemainnya bagi anugerah tersebut, namun seorang pun tidak tercalon.
Sementara itu, penyerang Barcelona, Lionel Messi merupakan calon pilihan merangkul anugerah itu, dan sekiranya berjaya, beliau bakal menjadi pemain pertama memenanginya selama empat tahun berturut-turut.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan