Pasukan Chelsea perlu serius dan menganggap pertembungan menentang
Shakhtar Donetsk awal pagi esok sama seperti pertarungan akhir sekiranya
mahu merampas takhta kumpulan E, saingan Liga Juara-juara Eropah.
Pemain tengah The Blues, Juan Mata berkata, sudah tiba masanya Chelsea bergerak pantas dan fokus dengan perlawanan ini.
“Mereka bukan calang-calang pasukan, di Ukraine mereka terbukti hebat kerana berada di tangga teratas liga dan mampu menewaskan sesiapa sahaja.
“Kita mempunyai sokongan kuat di Stamford Bridge, dan saya yakin kita mampu melakar kemenangan pada dua perlawanan akan datang kerana nasib kami sentiasa baik,” katanya.
Skuad bimbingan Roberto Di Matteo kini berada di tangga kedua kumpulan dengan empat mata ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Shakhtar Donetsk.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan