Pengkritik bola sepak, Jamie Redknapp menyifatkan bintang Chelsea,
Oscar bagaikan versi muda Kaka selepas beraksi dalam perlawanan Piala
Liga yang menyaksikan Blues menyingkirkan Manchester United dengan
kemenangan 5-4.
Pemain Brazil berusia 21 tahun itu yang dibawa masuk kelab London itu
dari Internacional dengan bayaran 25 juta (RM123.2 juta) musim ini,
masuk ke padang pada separuh masa kedua dan membantu pasukannya mara ke
suku akhir untuk menentang pasukan Liga Kejuaraan, Leeds.
“Tidak dapat saya katakan betapa seronoknya saya menyaksikan Oscar.
Sewaktu dia mula-mula menyertai kelab, saya cuma berharap dia seorang
pemain yang bagus kerana dia seorang pemain baru.
“Tetapi dia mencipta sesuatu dalam permainan ini dan menjadikan permainan itu kelihatan lebih mudah. Dia tidak mengalami kesukaran beraksi di tengah padang, dia bagaikan Kaka ketika muda.
“Tetapi dia mencipta sesuatu dalam permainan ini dan menjadikan permainan itu kelihatan lebih mudah. Dia tidak mengalami kesukaran beraksi di tengah padang, dia bagaikan Kaka ketika muda.
“Chelsea mempamer aksi bola sepak berkualiti menerusi pemain seperti Ramires, Oscar dan Eden Hazard yang mencetus dimensi baru buat mereka manakala keputusan yang dibuat tergesa-gesa memberi kesan kepada United.”
Mengenai penyerang Blues, Victor Moses, yang meraih penalti buat pasukannya pada separuh masa pertama selepas dijatuhkan pertahanan United, Alexander Buttner, Redknapp berkata: “Dia adalah igauan pertahanan kerana perkara pertama dilakukannya adalah menewaskan anda dan apabila dia melakukannya dengan pantas, sukar untuk menghalangnya.
“Saya masih ingat melihatnya di Crystal Palace dan dia masih muda tetapi berpotensi. Dia kemudiannya pergi ke Wigan tetapi tidak banyak perubahan berlaku dan saya pasti latihannya di Chelsea setiap hari dan melihat bagaimana aksi pemain lain boleh memperbaiki permainannya.”
Perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara kedua-dua pasukan, Ahad lalu yang dimenangi United 3-2 dicemari dengan keputusan berat sebelah dan dakwaan selepas perlawanan bahawa pengadil Mark Clattenburg menggunakan perkataan yang tidak sewajarnya terhadap pemain Chelsea, Juan Mata and John-Obi Mikel.
Begitupun Redknapp kagum dengan cara pengadil perlawanan, Lee Mason menangani keadaan apabila Oscar dan pemain sayap Red Devils, Nani berlanggar serta mengawal 22 pemain di padang.
“Apa yang berlaku Ahad lalu memberi tekanan terhadap Mason, dia mendapat perhatian sepenuhnya,” kata bekas pemain tengah Liverpool dan Tottenham itu. “Beliau masih tegas dengan peraturan tetapi masih bertimbang rasa dan perkara ini pastinya lebih disukai pemain.
“Ada beberapa ketika beliau mungkin boleh membuang padang seorang pemain tetapi tidak melakukannya. Masalah yang dihadapi pengadil adalah apabila ada penilai di bangku penonton dan mereka perlu melakukan apa yang mereka suka, tidak semestinya apa yang disukai bekas pemain tetapi dia melakukan tugasnya dengan baik.”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan