Roberto Di Matteo masih menyifatkan John Terry sebagai watak penting
di Stamford Bridge biarpun mengetepikan kapten kelab itu daripada
perlawanan paling penting setakat ini dan melihat percaturan itu membawa
pulangan penuh dramatik.
Misi Chelsea untuk mempertahankan gelaran mereka terjejas sehingga
minit terakhir masa tambahan ketika menentang Shakhtar Donetsk, apabila
Victor Moses menanduk masuk gol kemenangan yang dianggap mustahil ketika
pasukan Ukraine itu terus memperkukuhkan pertahanan mereka.
Di Matteo mengambil satu daripada tindakan tegas sepanjang tujuh
bulan mengendalikan pasukan itu apabila meminggirkan Terry di bangku
simpanan, kali pertama sejak 2003, apabila tidak diturunkan biarpun
masih cergas untuk perlawanan penentu di Eropah.
Pengurus itu memberitahu beliau bertindak demikian kerana Terry tidak cergas 100 peratus untuk perlawanan, bermain hanya sekali untuk pasukan utama dalam sebulan, tewas 1-2 kepada Donetsk dua minggu lalu yang menjadikan perlawanan ini begitu penting.
Pengurus itu memberitahu beliau bertindak demikian kerana Terry tidak cergas 100 peratus untuk perlawanan, bermain hanya sekali untuk pasukan utama dalam sebulan, tewas 1-2 kepada Donetsk dua minggu lalu yang menjadikan perlawanan ini begitu penting.
Terry berulang kali menafikan isu kecergasan sepanjang bersama Chelsea dan mungkin ada yang menganggap penyingkirannya sebagai tanda pengurus mula hilang kepercayaan terhadapnya tetapi Di Matteo berkata Terry masih menjadi watak penting sebaik penggantungan itu berakhir.
“JT adalah pemain yang hebat untuk kelab dan pasukan, dia mempunyai banyak kualiti dan saya gembira dia boleh kembali bermain selepas penggantungan,” kata Di Matteo.
“Memandangkan dia hanya bermain sekali dalam empat minggu terakhir untuk perlawanan kompetitif, saya fikir kami perlukan pemain yang 100 peratus cergas untuk perlawanan seperti ini. Begitupun saya gembira dia dapat bermain.”
Di Matteo membayangkan menjelang perlawanan itu bahawa Terry akan bermain dan menyifatkan perbincangan itu tidak dibuat secara berterus terang.
“Saya tidak mahu mengulas mengenai perbincangan secara peribadi dengan pemain saya tetapi bukan mudah untuk memberitahu seseorang pemain yang dia tidak akan bermain.”
Penyingkiran Terry bagaikan memberi tamparan buat Chelsea tetapi Di Matteo turut kehilangan Ashley Cole dan Frank Lampard akibat kecederaan. Ini adalah kali pertama ketiga-tiganya tidak beraksi sejak perlawanan di Naples musim lalu yang menyebabkan Andre Villas-Boas kehilangan jawatannya.
Ketiadaan Didier Drogba daripada pasukan yang menjuarai Piala Eropah turut memberi kesan buat Chelsea yang memerlukan sokongan padu menentang antara barisan penyerang paling kreatif dan fleksibel di Eropah.
Kelab Ukraine itu mempamerkan aksi bola sepak yang bagaikan diinspirasikan Roman Abramovich dengan kehadiran Alex Teixeira, Willian, penyerang Luiz Adriano dan pemain tengah Fernandinho memberikan ancaman.
Gary Cahill menggantikan Terry, menyertai David Luiz di bahagian bek tengah bersama Ryan Bertrand menyokong Cole di posisi bek kiri. Bertrand, khususnya berdepan malam penuh dugaan berdepan penyerang Shakhtar dari Brazil yang memanfaatkan kepincangannya dan mencipta kedua-dua gol Willian dari bahagian kiri pertahanan Chelsea.
Di Matteo mengakui kekurangan pengalaman memberi kesan terhadap mereka. “Kami mungkin kurang pengalaman. Ashley Cole dan Frank Lampard tiada di sana dan John Terry tidak 100 peratus cergas jadi tidak ramai pemain yang mempunyai pengalaman Liga Juara-Juara berada di padang dan anda mahu mendapatkan khidmat mereka.
“Begitupun saya berpendapat pemain yang bermain malam itu patut dipuji kerana bermain di bawah tekanan, disebabkan kualiti dimiliki pemain Shakhtar.”
Jaringan Moses pada saat akhir membolehkan Chelsea meneruskan kempen kelayakan dan empat mata menerusi dua perlawanan terakhir, menentang Juventus di tempat lawan dan di tempat sendiri berdepan Nordsjaelland, sudah mencukupi untuk membolehkan mereka mara.
“Mereka perlu bertahan lebih baik di Turin jika mahu terus bersaing,” kata Di Matteo. “Anda lihat kepada jaringan yang kami bolos dan kami mempunyai ramai pemain yang kembali beraksi tetapi kami perlu mengatasi masalah pertahanan secara umumnya tetapi ia akan menjadi semakin baik.”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan