Gary Cahill meminta Chelsea tidak terganggu dengan pelbagai
kontroversi di luar padang menjelang kunjungan mereka ke Swansea, hari
ini.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Wales dibayangi isu kelab
itu yang mengemukakan laporan rasmi berhubung tindakan pengadil Mark
Clattenburg, yang dikatakan mencaci John Obi Mikel pada perlawanan liga
sebelum ini di mana Chelsea tewas kepada Manchester United.
Sebelum itu, Chelsea berdepan masalah yang melibatkan ketua pasukan,
John Terry yang dikatakan menggunakan perkataan berbaur perkauman ke
atas pemain QPR, Anton Ferdinand tahun lalu.
Kelab itu dan pihak berkuasa juga sedang menjalankan siasatan
berasingan ke atas penyokong mereka yang dikatakan melemparkan kata-kata
perkauman ke atas pemain United, Danny Welbeck ketika kedua-dua pasukan
bertemu buat kali kedua minggu ini.
Adalah penting kami tidak boleh membenarkan semua masalah tersebut
menghantui kami. Apa yang berlaku di luar padang tidak ada kena mengena
ke atas pemain di atas padang.
Saya tidak marah atau kecewa tentang perlawanan dua hari lalu dan saya mahu meletakkannya pada kedudukan yang betul.
Kami tidak bernasib baik pada perlawanan pertama, tetapi sangat
penting kami kembali mencatat kemenangan selepas dua keputusan yang
sangat sukar terutama ketika menentang Manchester United," katanya.
Chelsea perlu mencari tiga mata di Stadium Liberty selepas mengalami kekalahan pertama liga musim ini hujung minggu lalu.
Kekalahan tersebut menyebabkan kelebihan empat mata di persada liga
berkurangan kepada satu mata dan jika tewas lagi, Chelsea mungkin akan
tergelincir ke tempat ketiga.
Robero Di Matteo melakukan beberapa perubahan apabila menentang
Swansea hari ini, setelah pasukan itu mencatat kemenangan ke atas
Liverpool untuk mengikut jejak Chelsea mara ke peringkat suku akhir
Piala Liga.
Ia satu perlawanan yang sukar ketika kami berkunjung ke sana musim lalu dan hanya mencatat keputusan seri 1-1.
Saya jangka sekali lagi kami berdepan kesukaran tetapi kami
mempunyai momentum di atas keputusan Rabu lalu dan ia sangat penting
untuk menang selepas dua perlawanan yang mengecewakan," kata Cahill.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan