Pengadil yang dikecam hebat, Mark Clattenburg
menjawab dakwaan bahawa dia telah mencaci dua pemain Chelsea dengan
kata-kata berbaur perkauman.
Pegawai Liga Perdana itu yang bertekad untuk melawan tuduhan yang
dilemparkan ke atasnya, memberitahu rakan-rakannya: "Saya bukan rasis."
Clattenburg, 37, berdepan siasatan polis dan Persatuan Bola Sepak
England (FA) berhubung kelakuannya ketika perlawanan Chelsea dan
Manchester United di Stamford Bridge, Ahad lalu yang menyaksikan pasukan
pelawat menang 3-2 dalam penuh kontroversi.
Pemain-pemain Chelsea mendakwa dia menggunakan 'kata-kata kesat' terhadap John Obi Mikel dan Juan Mata.
Namun, sumber dalaman memberitahu bahawa Clattenburg 'berang' dengan semua tuduhan 'tidak munasabah' yang ditimbulkan.Dia menegaskan: "Saya tidak pernah menggunakan perkata sedemikian".
Salah seorang sahabatnya diberitahu: "Reputasi dan integriti saya
tergugat sekarang. Saya tidak buat salah dan saya akan pertahan diri
saya habis-habisan.
"Tidak mungkin saya akan katakan apa yang mereka dakwa. Tiada apa yang tidak elok keluar dari mulut saya, sememangnya tiada."
Dua pembantu Clattenburg dan pegawai keempat turut terkejut dengan
dakwaan Chelsea yang tidak pernah berlaku dalam bola sepak British.
Michael McDonough, Simon Long dan Mike Jones turut memakai alat
komunikasi antara pengadil sewaktu perlawanan dan dipercayai mereka
tidak mendengar sebarang kenyataan kasar rakan sekerja mereka itu.Kesemua tiga pegawai itu diarahkan untuk tidak memberi komen sementara siasatan berjalan.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan