Fernando Torres mengakui dia mengharungi saat 'mengerikan' bersama Chelsea dan berazam untuk melupakannya.Torres, 27, dikritik selepas menyertai Chelsea pada Januari dengan rekod perpindahan tertinggi di antara kelab Liga Perdana.Pemain Sepanyol itu hanya menjaringkan satu gol dalam 18 penampilannya dan dipersalahkan kerana kegagalan Blues mengekalkan kejuaraan liga.
Torres bersetuju bahawa dia melalui mimpi ngeri apabila menjaringkan hanya 12 gol dalam semua kejohanan, sembilan gol untuk Liverpool, satu untuk Chelsea dan dua untuk pasukan Sepanyol.Katanya: "Musim lalu adalah yang terburuk sejak saya tiba di England. Kecederaan yang saya alami selepas Piala Dunia merencatkan prestasi saya. Saya tidak pernah mengalami situasi seperti ini.
"Hanya 12 gol dalam satu musim, ia tiada apa-apa makna bagi saya. Tidak pernah dalam musim lalu saya beraksi cergas seratus peratus di Liverpool atau Chelsea."Jadi saya memilih untuk melupakan apa yang telah berlaku. Namun saya tidak kesal kerana menyertai Chelsea. "Saya yakin apabila 'jentera' Chelsea menemui rentaknya, kami sukar untuk dikalahkan,"
Torres:"Bagi saya musim lalu adalah yang terburuk sejak saya tiba di England"
ArulchelseA-jadikan musim depan yang terbaik..
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan