Manchester City bersedia membuat tawaran bagi mendapat khidmat pemain Tottenham Hotspur, Luka Modric selepas pengurus Spurs,Redknapp menganggap
Tawaran Chelsea bernilai 22 juta (RM107.7 juta) mengarut.Redknapp sependapat dengan pengerusinya, Daniel Levy dengan menegaskan pemain tengah Croatia itu tidak akan dijual. Namun media British difahamkan semalam perbincangan membabitkan pegawai tertinggi sudah berlangsung antara City dan Tottenham dengan bidaan
30 juta (RM146.9 juta) bakal diterima dari Eastlands.
|
Modric |
Bagaimanapun ia mungkin masih belum mencukupi dengan tawaran balas
Chelsea selain Manchester United yg turut dijangka mengemukakan tawaran. Ia mungkin mencecah
35 juta (RM171.4 juta) untuk membolehkan pemain berusia 25 tahun itu meninggalkan kelab utara London itu.Sumber rapat dengan Modric percaya City dengan sumber kewangan kukuh akan melakukan sedaya mungkin untuk menghalangnya menyertai pesaing Liga Perdana yang lain.
Modric mempamerkan persembahan menakjubkan musim lalu dalam musim terbaiknya di Spurs dan Redknapp menjelaskan
Chelsea mungkin tersilap menilai pemain itu dengan harga yang rendah.Walaupun menjaringkan empat gol musim lalu, larian tanpa mengenal penat dan visi hebat adalah kelebihannya yang membantu Spurs mara ke suku akhir Liga Juara-Juara. [
metro]
Arulchelsea-kalau aku tak heran pun. simpan je la modric tu buat pekasam
1 Pengulas Sukan:
wahhh comelnyer layout. haha
Catat Ulasan