Chelsea berharap mengesahkan status Guus Hiddink sebagai pengurus barunya dalam tempoh 48 jam walaupun beliau berdepan saingan saat akhir dari jurulatih muda Porto, Andre Villas-Boas.Sumber terdekat Chelsea mendakwa pemilik kelab, Roman Abramovich sudah mencapai kata putus untuk mengisi kekosongan Carlo Ancelotti yang dipecat dalam tempoh dua jam ketika saingan final pasukan itu di Liga Perdana, bulan lalu.
Abramovich menerima senarai pendek enam calon oleh badan kelab, tiga bulan lalu. Bagaimanapun, difahamkan beliau cenderung memilih Hiddink sekalipun masih belum disahkan secara rasmi.Hiddink dari Belanda disifatkan calon pilihan kelab kerana beliau calon paling tepat apatah lagi selepas Turki akan melepaskannya dari kontrak tahun akhir sebagai jurulatih pasukan kebangsaan.
Namun, presiden Porto, Pinta da Costa berada di London kelmarin dan Abramovich turut berada di tempat sama untuk meraih prospek perjanjian untuk Chelsea sedia mengikat Villas-Boas walaupun terpaksa membayar 13 juta (RM56.3 juta) untuk syarat pelepasan. - Agensi Jose Mourinho yang juga bekas mentor Villas-Boas pernah mempunyai syarat pelepasan 25 juta euro (RM108 juta) dari kontraknya bersama Real Madrid, dan Abramovich turut mempertimbangkannya.Bagaimanapun, dia dijangka melantik Hiddink untuk jangka masa 12 bulan dengan pilihan menyambungnya dan merombak skuad Chelsea.[metro]
ArulchelseA-Memana pun ok..rekod bagus..hiddink pun sudah serasi bersama chelsea
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan