26 Jun 2011

A.cole mahu ke Real madrid atau Barcelona

Pemain pertahanan Chelsea, Ashley Cole, dilaporkan memujuk bekas isterinya, Cheryl, supaya mengikutnya memulakan hidup baru di Sepanyol.Media Britain semalam melaporkan, Cole yakin dia masih ada satu peluang untuk memenangi semula hati Cheryl sambil mencuba nasib dengan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid atau Barcelona.Pasangan itu bercinta pada 2004 sebelum berkahwin dua tahun kemudian.Bagaimanapun,gaya hidup mewah dan nafsu buas Cole menyebabkan hubungan itu berakhir pada 2010.


Menurut sumber, walaupun dibayangi kecurangan dalam hubungan, cinta di antara Cole, 20, dan Cheryl, 27, sebenarnya tidak pernah padam.Katanya, Cheryl juga tertarik dengan cadangan Cole kerana ia mungkin dapat menamatkan haru-biru penyanyi Girls Aloud itu selepas disingkirkan daripada program realiti televisyen X Factor, baru-baru ini.

"Cole ada memberitahu rakannya, dia yakin masih mempunyai masa depan di luar England dan mahu memujuk Cheryl menyertainya,” katanya.[Metro]

Ashley Cole


ArulchelseA- Biar betik cole nak join real madrid atau barca.

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...