PENGURUS Chelsea,
Andre Villas-Boas bakal bertarung dengan mentornya,
Jose Mourinho bagi mendapatkan penyerang Porto,
Falcao.Pengurus baru di Stamford Bridge itu berdepan cabaran dengan pengurus yang digelar ‘Special One’ untuk mendapatkan penyerang Colombia itu.Kedua-duanya bersedia membayar
£26.5 juta (RM128.6 juta) untuk membolehkan syarat pelepasan dalam kontrak pemain berusia 25 tahun itu dilaksanakan.
|
berebut Falcao. |
Keadaan itu akan membuatkan Falcao terpaksa membuat keputusan besar iaitu sama ada mengikut pengurus yang meninggalkan kelabnya minggu ini atau menyertai Mourinho di Real Madrid.Ia juga akan menjadi perselisihan pertama di antara dua pengurus itu sejak Villas-Boas mengikut jejak langkah Mourinho dalam dunia pengurus pasukan.Mereka pernah bekerjasama begitu rapat dan dalam tempoh selang tujuh tahun, meninggalkan Porto untuk bersama Chelsea dan tindakan itu membuat ribuan penyokong mereka kecewa.
Penyokong Porto berang apabila Villas-Boas tidak berada di kelab itu lebih daripada setahun hingga mencetuskan tunjuk perasaan di depan rumahnya.Begitupun, presiden kelab itu Pinto da Costa mempunyai mesej yang jelas untuk pengurus lamanya: “Kami baik tanpa anda.” Vitor Pereira dilantik menggantikannya dan Da Costa berkata Porto sudah bersedia untuk meneruskan perjuangan mereka.[
metro]
ArulchelseA-Datang pergi pengurus ni..tak payah nak bising2..dengan chelsea pun tak tau brapa lama tu..
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan