Bekas pengurus Chelsea, Avram Grant yakin pengurus baharu kelab itu, Andre Villas-Boas memiliki kemampuan untuk mencipta kejayaan di Stamford Bridge.Pada usia semuda 33 tahun, Villas-Boas muncul pengurus paling muda dalam saingan Liga Perdana England selepas dia dilantik menggantikan Carlo Ancelotti.Terdahulu, bekas pengendali kelab Portugal, FC Porto itu pernah berkerja di Stamford Bridge sebagai peninjau bakat di bawah pengurus ketika itu, Jose Mourinho.
Grant yang merupakan Pengarah Teknikal Chelsea sebelum dia tampil menggantikan Mourinho pada 2007 berkata, Villas-Boas tidak boleh dibandingkan dengan usia mudanya itu."Dia seorang individu yang bagus, bijak dan berketerampilan. Saya cukup senang dengannya biarpun pernah kenal untuk tempoh yang singkat.
"Dia tidak mempunyai pengalaman? Itu tidak benar. Masa akan menentukannya dan saya yakin dia mampu melakukan tugasnya dengan baik.
"Memang dia muda, tetapi Pep Guardiola ketika mula membimbing Barcelona juga pada usia muda dengan tanpa pengalaman dan tetap mampu berjaya," kata Grant.Grant telah dipecat sebagai pengurus West Ham hanya selepas beberapa jam pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga Perdana England musim lalu.
"Bola sepak mementingkan keputusan perlawanan. Pengalaman memang penting, tetapi apa yang lebih penting adalah kualiti dan keupayaan mengendalikan pasukan untuk maju ke hadapan," jelasnya.
Villas-Boas telah membawa FC Porto muncul juara Liga Portugal, Piala Portugal dan Liga Europa musim ini.[kosmo]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan