Beberapa siri persembahan menarik dipamer bersama Spurs musim lalu dilapor mendapat perhatian beberapa kelab dengan Manchester United turut meminati pemain berusia 25 tahun itu.Namun Chelsea dipercayai membuat cubaan awal untuk Modric musim ini dengan tawaran lumayan untuk mendapatkan khidmatnya.
Tottenham menolak tawaran itu namun difahamkan Blues merancang membuat tawaran baru yang lebih menarik untuk mendapatkan keputusan yang memihak mereka.Chelsea kini tanpa pengurus selepas Carlo Ancelotti dipecat namun pemiliknya, Roman Abramovich dilihat sedia membuat pelaburan tinggi ke atas skuad itu dengan berazam untuk bangkit selepas satu musim tanpa sebarang trofi kejuaraan.
Spurs sebelum ini menjelaskan mereka mahu mengekalkan semua pemain utama selepas terlepas kelayakan Liga Juara-Juara.Pengurus, Harry Redknapp menjelaskan hujung minggu lalu bahawa Modric penting bagi mereka mencapai kejayaan pada masa depan dengan berkata: “Jika kami menjual Luka, secara asasnya kami seperti menjual kelab ini.” Modric bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berhijrah pada musim panas ini.[metro]
Arulchelsea-bagus la tolak aku pun tak berapa minat Luka Modric.
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan