20 Februari 2013

Chelsea masih perlukan Lampard - Terry

John Terry tidak dapat memikirkan apa yang bakal berlaku seandainya rakan sepasukannya, Frank Lampard mengakhiri kariernya bukan bersama Chelsea.

 
Pemain tengah berusia 34 tahun, Lampard, kini dalam bulan terakhir bersama Blues dan pemain tersebut masih belum ditawarkan kontrak baru selepas 12 tahun di Stamford Bridge.

Namun kapten Chelsea, Terry, menegaskan Lampard masih lagi perlu bersama pasukannya."Lampard menjadi inspirasi buat semua dalam kelab ini dan sumbangannya terlalu banyak.

"Dia telah lama bersama Chelsea dan kami semua berharap dia akan terus bersama kami."Dalam usianya sekarang, dia masih lagi seorang pemain yang terbaik. 

"Orang ramai fikir dia berada dalam posisi yang betul ketika ini," kata Terry.Sepanjang bersama Chelsea Lampard menjaringkan 199 gol buat kelab itu.

John Terry juga menafikan hubungannya dengan pengurus sementara The Blues, Rafael Benitez renggang.Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan Terry dijadikan kambing hitam di atas kekalahan 2-3 kepada Newcastle United pada saingan EPL awal bulan ini.

Selepas perlawanan tersebut, Benitez dikatakan menempelak Terry di hadapan pemain lain kerana gagal menyekat kemaraan Newcastle.

"Oh tidak, hubungan kami OK. Jelas ini adalah berita palsu."Banyak spekulasi timbul di media kerana wartawan malas mencari berita," katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...