10 Februari 2013

Benitez: Saya tidak boleh jamin masa depan Lampard

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez menegaskan bahawa beliau tidak dapat memberi sebarang jaminan mengenai masa depan Frank Lampard meskipun pemain itu menjaringkan gol ke-12 musim ini.


Benitez berkata demikian ketika ditanya mengenai masa depan Lampard bersama The Blues yang dilihat masih samar berikutan tidak ada sebarang cubaan dari kelab itu berbincang mengenai lanjutan kontrak yang tamat hujung musim ini.

Dalam perlawanan semalam, Lampard menjadi salah seorang pemain yang membantu Chelsea meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Wigan 4-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketika ditanya sama ada keputusan mengenai masa depan Lampard akan menjadi miliknya, Benitez berkata, "apa pendapat anda?""Ia amat jelas bahawa Lampard seorang pemain yang melakukan kerja dengan baik dan bekerja keras.

"Semoga dia boleh menjaringkan 20 gol lagi dan sudah semestinya saya akan gembira. Beliau perlu bermain bola sepak, dia seorang profesional dan pemain yang baik," katanya.

Tambah Benitez, "sebarang keputusan bukan hak saya, tapi saya akan cuba untuk membantunya kerana dia ialah pemain yang mempunyai pengaruh besar."

Mengulas mengenai kemenangan 4-1 ke atas Wigan semalam, Benitez berkata, "kami berhak untuk menang."[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...