5 Februari 2013

Kami dianiaya: Benitez

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez berkata, kekalahan 2-3 The Blues kepada Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin berpunca daripada mutu pengadilan yang berat sebelah.

Menurutnya, menuju penghujung babak pertama, pasukannya sepatutnya dianugerahkan sepakan penalti selepas pertahanan tuan rumah, Fabricio Coloccini menyepak muka Demba Ba.

Akibat kekasaran tersebut, hidung penyerang antarabangsa Senegal itu mengalami keretakan dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-42.

"Kami tidak boleh mengubah situasi itu. Apa pun, kami patut mendapat penalti dan Coloccini sepatutnya dilayangkan kad merah.

"Secara jujur, saya tidak menyaksikan insiden itu, namun setelah melihat rakaman ulang tayang jelas ia satu kekasaran.

"Pemain yang hidungnya patah dan berdarah serta dirawat selama lima minit merupakan bukti kami dianiaya," katanya.

Pada masa sama, Benitez ketika diminta mengulas masa depannya di Stamford Bridge berkata: "Saya tidak tertekan malah saya optimis kami mampu menamatkan saingan dalam kedudukan tiga terbaik," katanya.

Chelsea kini berada di kedudukan ketiga, ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu liga, Manchester United yang mengumpul 62 mata.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...