Robert Di Matteo kini dikatakan semakin hampir untuk menjadi pengurus tetap Chelsea.
Kelab juara Eropah itu sudah menyatakan hasrat untuk meminta Di  Matteo terus kekal selepas pengendali dari Itali itu membimbing mereka  menjulang trofi Liga Juara-Juara dan Piala FA ketika menjawat sebagai  pengurus sementara.
Kontrak yang ditawarkan sudah dipersetujui iaitu selama lebih satu tahun yang dilihat cukup untuk menunggu Pep Guardiola kembali ke arena pengurusan bola sepak.
   Dalam perbincangan semalam, kedua-dua pihak berharap untuk mencapai kata putus dalam tempoh 48 jam.
Beberapa perkara dalam kontrak itu perlu diperhalusi semula namun selepas mengkaji pilihan yang ada, Roman Abramovich mendengar pandangan pemain-pemain Chelsea lalu meminta Di Matteo terus menyambung tugas di Stamford Bridge.
Frank Lampard yang mengetuai Chelsea mengecapi kejayaan Liga Juara-Juara berkata selepas final di Munich: “Saya sudah tidak tahu bagaimana untuk memujinya. Lihat saja kepada rekod: apa yang beliau lakukan bukan sesuatu kebetulan. Beliau mencipta satu suasana hebat dalam pasukan dan memberi semua pemain peluang beraksi.
   “Pemain-pemain amat gembira dan anda boleh lihat dengan keputusan yang kami capai. Keputusan tidak menipu.
“Pemain-pemain akan tetap berada di sini namun dengan apa yang beliau lakukan untuk kami kekal bersama dan meraih keputusan seperti Barca adalah sesuatu yang menakjubkan.”
Guardiola yang membuat keputusan  berehat selepas empat tahun bersama Barcelona menyatakan bahawa beliau  akan kembali ke arena bola sepak semula dan diramal akan berhijrah ke  Chelsea di penghujung musim depan.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan