Frank Lampard terkejut keputusan memecat Harry Redknapp selepas  kejayaan Chelsea muncul juara Eropah meranapkan impian Tottenham beraksi  dalam Liga Juara-Juara musim depan.
Chelsea menewaskan Bayern Munich bulan lalu sekali gus mengesahkan  tempat dalam empat pasukan yang layak beraksi pada pertandingan musim  depan.
Walaupun menamatkan musim di tangga keempat, Tottenham memecat Redknapp yang juga bapa saudara Lampard, walaupun bekas pengurus Portsmouth itu mendakwa kedudukannya tidak selamat meskipun berjaya layak ke Liga Juara-Juara.
“Tidak adil bagi Harry, lebih-lebih lagi selepas kejayaan terbesar saya dalam bola sepak yang membawa malang buatnya.
“Beliau berhak layak ke Liga Juara-Juara. Beliau dan Spurs menduduki tangga keempat liga. Itulah sebabnya saya amat terkejut,” kata Lampard.
“Beberapa rakan saya yang menyokong Spurs kecewa dengan keputusan itu.
“Mereka juga masih ingat detik berada di tangga terbawah dan  kemasukan Harry membantu mereka bermain dalam Liga Juara-Juara dan  bersaing di peringkat tertinggi.
“Beliau sudah melakukan tugas yang menakjubkan.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan