Penjaga gol Republik Czech, Petr Cech mengakui pemain Portugal, Cristiano Ronaldo adalah penyerang yang luar biasa.
Cech melaungkan amaran kepada rakan sepasukannya agar berusaha untuk  menyekat pergerakan bekas pemain bintang Manchester United itu ketika  Czech menentang Portugal pada perlawanan pertama suku akhir Euro 2012  awal pagi esok.
Ronaldo akhirnya mempamer kehebatan sebenar ketika membantu Portugal  menyingkirkan Belanda 2-1 dengan meledak dua gol pada perlawanan ketiga  peringkat Kumpulan B, Isnin lalu.
"Saya telah berhadapan dengannya banyak kali dan saya dapat gunakan  pengalaman saya itu. Adalah penting kami bekerja sebagai satu pasukan  untuk menang.
"Dia (Ronaldo) adalah pemain yang bekerja keras untuk melakukan terbaik selain mempunyai sepakan bertenaga.
"Dia juga adalah pemain yang merbahaya kerana mampu melakukan jaringan melalui mana-mana kakinya dari mana-mana posisi.
"Sebagai pemain Chelsea, kami sentiasa berwaspada ketika berhadapan pemain itu ketika dia bersama Manchester United. 
"Ia akan menjadi perlawanan penuh debaran, bukan kerana ruang yang  bakal dilalui Ronaldo tetapi disebabkan kelajuan luar biasa pemain itu,"  kata Cech.
Cech juga membuktikan prestasi cemerlangnya ketika menentang Poland  bagi membantu Czech melangkah ke suku akhir sebagai pemenang Kumpulan A.
Sementara itu, jurulatih Czech, Michal Bilek berkata, beberapa pemain  Portugal mempunyai kelebihan kemahiran individu terutama pada Ronaldo  dan Nani. 
"Kami jangkakan ia adalah perlawanan yang sukar namun kami tetap akan  menghadapinya selain cuba untuk mengawal pemain seperti Ronaldo.
"Kami telah mempamer peningkatan dan memenangi dua perlawanan untuk memperoleh kepuasan tersendiri," kata Bilek.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan