Florent Malouda merancang untuk meninggalkan  Chelsea selepas dia memulakan perbincangan dengan kelab dari Brazil,  Vasco da Gama.
Pemain sayap Perancis berusia 32 tahun itu masih ada baki kontrak  setahun tetapi dia yakin dia tidak berada dalam perancangan bos Roberto  Di Matteo untuk pelan jangka panjang Chelsea.
Malouda yang menyertai Chelsea dari Lyon dengan harga 13 juta pound  (RM64.74 juta) pada 2007 itu kurang mendapat perhatian dalam pasukan  utama musim lalu.
Dia bakal menjadi pemain keempat selepas Didier Drogba, Salomon Kalou dan Jose Bosingwa meninggalkan kelab.
Pada musim lepas hampir ke penghujung, pemain sayap itu telah memberi  gambaran bahawa dia mahu meninggalkan Chelsea. Pemenang Liga  Juara-Juara itu tidak berhajat untuk menghalang pemergian pemain  tersebut jika kelab Brazil itu bersetuju dengan yuran perpindahan 3 juta  pound (RM14.9 juta).
Walaupun Vasco da Gama masih kekal sebagai pasukan pilihan untuk  mengikat pemain tersebut, terdapat kelab lain dari Brazil yang turut  menunjukkan minat bagi mendapatkan khidmat Malouda iaitu pasukan tempat  kelahiran isterinya, Florencia di Fluminense, yang merupakan kelab bekas  pemain tengah Chelsea, Deco.
Pada awal bulan ini terdapat laporan yang menyatakan bekas pengurus Blues, Luis Felipe Scolari bersedia untuk mendapatkan pemain itu beraksi bersama Palmeiras.
Tetapi Scolari, yang pernah menjadi bos kepada Malouda di Stamford  Bridge pada musim 2008-2009, membatalkan rundingan apabila Chelsea  enggan untuk menyerahkan pemain itu dalam bentuk pinjaman.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan