31 Januari 2012

BPL: Swansea City vs Chelsea

Pagi ini chelsea akan berkunjung ke Liberty Stadium untuk menentang swansea city..Diharap chelsea berjaya mengutip tiga mata penting untuk membaiki kedudukan seterusnya memberi tekanan kepada man.utd dan man.city...Kepada peminat2 setia chelsea jangan lupa menyaksikan pertarungan ini di astro jam 3.40 pagi disaluran 811.

De Bruyne sah milik Chelsea

Pemain tengah Genk, Kevin De Bruyne bakal melengkapkan perpindahan ke Chelsea dengan kontrak selama lima tahun setengah berjumlah £6.7 juta (RM32 juta).Bagaimanapun, De Bruyne, 20, akan kekal bersama Genk sehingga hujung musim ini sebagai pemain pinjaman.

Ramires rehat empat minggu

PEMAIN tengah Chelsea, Ramires mungkin terpaksa diketepikan selama empat minggu, selepas mengalami kecederaan lutut ketika aksi pusingan keempat Piala FA, menentang Queens Park Rangers, kelmarin.Ramires mendapat kecederaan itu selepas cuba menghalang rembatan Clint Hill.

28 Januari 2012

FA Cup: Keputusan QPR vs Chelsea


Chelsea berjaya mengalahkan QPR 1-0 dengan gol tungal dijaringkan oleh juan mata minit ke 61.

Terry dan Ferdinand Hangatkan piala FA

Chelsea mempunyai alasan untuk mengelak kunjungan ke pasukan jiran, Queens Park Rangers apabila mesekali lagi bertandang ke Loftus Road bagi perlawanan pusingan keempat Piala FA hari ini.Kekalahan 1-0 pada 23 Oktober lalu dirasai oleh Chelsea, yang merencatkan peluang mereka untuk berada pada kedudukan yang baik untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris, selain perlu menamatkan permainan dengan sembilan pemain selepas Didier Drogba dan Jose Bosingwa dibuang padang.

23 Januari 2012

Villas-Boas tetap pertahan Torres

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas tidak mahu menyalahkan Fernando Torres atas kegagalan terbaru pasukannya.Penyerang Sepanyol yang dibeli dengan harga 50 juta (RM241 juta) dari Liverpool setahun lalu gagal menambah jaringan dua gol pada Liga Perdana musim ini.Chelsea seri tanpa jaringan menentang Norwich City, kelmarin namun mencipta banyak peluang menjaringkan gol.

22 Januari 2012

BPL: Keputusan Norwich vs Chelsea

Chelsea gagal mendapatkan mata penuh setelah sekadar seri menentang norwich city malam tadi..memang nasib tak menyebelahi chelsea untuk menang apabila peluang yang di perolehi gagal di sempurnakan dengan baik..Apa pun jom layan aksi2 menarik perlawanan malam tadi..

21 Januari 2012

Terry fokus utama

Kapten Chelsea, John Terry akan menjadi tumpuan utama di Norwich City malam ini sekalipun jika pemain baru, Gary Cahill melakukan penampilan sulung bersamanya di barisan pertahanan.Aksi di Carrow Road adalah yang terakhir sebelum Chelsea menentang Queens Park Rangers pada pusingan keempat Piala FA, perlawanan yang bakal menjadi ulangan aksi Liga Perdana yang menyaksikan Terry didakwa bersikap perkauman terhadap Anton Ferdinand.

Torres bakal menyinar-AVB

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas menegaskan bahawa Fernando Torres tidak mengalami gangguan mental ketika berurusan dengan Didier Drogba.Sebelum ini, bekas jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti mendakwa pemain bernilai £50 juta(RM 200.6 juta) itu 'tenggelam' dibayangi kelibat Drogba.Beliau menganggap cara yang terbaik untuk mengembalikan rentak permainan penyerang Sepanyol tersebut dengan menjual rakan sepasukannya itu.

20 Januari 2012

Cahill teruja bersama Chelsea

Pemain pertahanan tengah England, Gary Cahill berkata kelmarin, dia tidak sabar untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara bersama kelab barunya, Chelsea.Pemain berusia 26 tahun yang menyertai The Blues dari Bolton dengan yuran perpindahan bernilai 7 juta pound (RM33.5 juta), Isnin lalu, memberitahu Chelsea TV, ia merupakan satu peluang terbaik untuknya beraksi di peringkat yang lebih tinggi.

19 Januari 2012

3 beradik kembar sertai Chelsea

Chelsea melengkapkan perjanjian unik apabila mengikat tiga adik-beradik dari akademi bola sepak Luton Town.Pasangan kembar Rio dan Cole Dasilva, 12, serta abang mereka, Jay, 13, menyertai juara Liga Perdana 2009-2010 itu dalam satu perjanjian berasingan yang dilapor bernilai lima angka.

PSG intai Torres

Pengurus Paris St. Germain (PSG), Carlo Ancelotti mendakwa beliau telah diberi kebenaran untuk menandatangani penyerang Chelsea, Fernando Torres.Ancelotti menjadi pengurus Chelsea ketika penyerang Sepanyol itu menyertai skuad The Blues dengan yuran perpindahan berjumlah £50 juta (RM240 juta) dari Liverpool pada tahun lalu. 

17 Januari 2012

Selamat datang Gary Cahill

Pertahanan England, Gary Cahill akhirnya menyertai Chelsea dari Bolton Wanderers semalam selepas rundingan selama beberapa hari.“Chelsea sebuah kelab besar, ia adalah kelab yang memburu trofi kejuaraan saban musim dan ia satu peluang besar buat saya untuk menjadi sebahagian daripadanya,” katanya kepada laman web Chelsea (www.chelseafc.com) selepas mengikat perjanjian yang dilaporkan media Britain kira-kira 7 juta (RM33.7 juta).

Redknapp tak mahu Torres

Pengurus Tottenham, Harry Redknapp menafikan khabar angin beliau mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat Fernando Torres sebagai pertukaran dengan Luka Modric.Usaha Chelsea mendapatkan Modric pada musim panas lalu tidak berjaya tapi Blues masih dikaitkan dengan bintang Croatia itu.Redknapp yang menegaskan ingin Modric kekal di Spurs untuk jangka masa lama kini didakwa berminat mendapatkan Torres.

16 Januari 2012

Torres hampir 'meletup - AVB

Andre Villas-Boas yakin Fernando Torres semakin hampir mencapai tahap terbaiknya meskipun penyerang Chelsea itu bergelut dengan ketumpulan penyudah di depan gawang.Torres terus dihantui kemarau jaringan walaupun Chelsea mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sunderland, kelmarin.

Villas Boas akhirnya puji Lampard

Pengurus Chelsea, Andre-Villas Boas akhirnya memuji kredibiliti pemain tengahnya, Frank Lampard yang berjaya meledak gol tunggal ketika membenam Sunderland 1-0 dalam aksi Liga Perdana England malam kelmarin.Malah, pengendali kelahiran Portugal itu juga percaya Lampard mampu memecahkan rekod jaringan The Blues selepas ini.

15 Januari 2012

BPL: Keputusan Chelsea vs Sunderland

Chelsea berjaya menewaskan sunderland 1-0 menerusi jaringan tungal dari Lampard minit 12.

 Penampilan pertama essien setelah lama berehat akibat kecederaan.

14 Januari 2012

Chelsea mampu jadi yang terbaik

Pengurus Chelsea Andre Villas-Boas yakin pasukannya boleh mengakhiri kempen musim ini sebagai kelab terbaik London.Juara Liga Perdana 2010 itu akan berdepan Sunderland di Stamford Bridge malam ini dengan kedudukan 11 mata di belakang Manchester City.Dan Chelsea juga kini ketinggalan lapan mata di belakang kelab London, Tottenham Hotspur yang kini mendahului mereka di tangga ketiga.

AVB berhajat pintas Spurs

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas (AVB) yakin skuad bimbingannya mampu menamatkan cabaran musim ini sebagai kelab London terbaik.Juara Liga Perdana England 2010 itu kini ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Manchester City dan akan berhadapan dengan Sunderland di Stamford Bridge malam ini.Chelsea juga ketinggalan lapan mata di belakang jiran London dan pencabar terdekatnya, Tottenham Hotspurs yang berada di tangga ketiga liga.

13 Januari 2012

Ramires mampu ubah nasib malang Chelsea

Chelsea mampu bangkit mencari rentak kemenangan dengan mengharapkan pemain tengah Brazil, Ramires melakukan sesuatu bagi mengubah nasib mereka dalam bagi saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.Daniel Sturridge, 22, merupakan penjaring terbanyak kelab Liga Perdana Inggeris dengan sembilan gol, berjaya beraksi bersama skuad England sebagai pemain gantian ketika menang 1-0 ke atas Sweden dalam perlawanan persahabatan di Wembley November lalu.

12 Januari 2012

Tawaran lumayan menanti Drogba

Didier Drogba diberi tawaran lumayan untuk bersatu dengan bekas rakan sepasukan, Nicolas Anelka di Shanghai Shenhua.Kelab China itu mempunyai perancangan untuk menawarkan pakej kontrak selama dua tahun setengah yang menakjubkan, merangkumi gaji pokok, hak imej, bonus gol dan lain-lain insentif yang meletakkan penyerang Ivory Coast itu sebagai pemain bergaji paling lumayan di dunia.

Chelsea dijangka tandatangani Cahill

Chelsea dijangka menyelesaikan butiran terakhir untuk mengikat pertahanan Bolton Wanderers, Gary Cahill.Meskipun mencapai persetujuan harga perpindahan dengan Bolton bulan lalu, Chelsea belummemuktamadkan terma peribadi untuk membawa masuk pemain antarabangsa England itu ke Stamford Bridge.Pengurus Blues, Andre Villas-Boas baru-baru ini mendedahkan jurang antara kedua-dua pasukan itu amat jauh hingga membawa spekulasi Cahill mempertimbangkan semula peluangnya untuk berpindah.

11 Januari 2012

AVB masih buru dua pemain baru

Pengurus Chelsea, Andre Villas- Boas mendedahkan, beliau akan mendapatkan dua pemain baharu pada minggu depan.Bagaimanapun, Villas- Boas berkata, skuad The Blues tidak akan berbelanja besar sepanjang pintu perpindahan pemain dibuka bulan ini.Ketika ini, Chelsea telah melamarkan tonggak pertahanan Bolton Wanderers, Gary Cahill tetapi proses rundingan masih lagi berjalan ekoran terma-terma peribadi bintang England itu yang belum dilengkapi. 

10 Januari 2012

Piala FA bantu pulih Chelsea

Roberto di Matteo percaya keputusan baik dilakar dalam kempen Piala FA Inggeris boleh membantu Chelsea memperbaiki prestasi musim ini.Skuad Blues mara ke pusingan keempat dan akan bertemu sama ada QPR atau MK Dons selepas menewaskan Portsmouth, 4-0 di Stamford Bridge, kelmarin.

8 Januari 2012

Peluang terbaik Chelsea

Penolong pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo mengaku Piala FA memberikan peluang terbaik buat kelab itu memenangi trofi musim ini.Di Matteo yang memenangi kejuaraan itu dua kali ketika menyarung jersi Chelsea berkata, pengurus kelab, Andre Villas-Boas akan menurunkan kesebelasan terbaik untuk menentang Portsmouth malam ini.

7 Januari 2012

Lampard akan ke Old Trafford?

Alex Ferguson merancang membawa Frank Lampard, yang kini terdesak di Chelsea ke Manchester United.Akhbar Sportsmail difahamkan Lampard tidak keberatan untuk berpindah ke Old Trafford.Rentak United nyata terjejas dengan ketiadaan tonggak pemain tengah berwibawa berikutan persaraan Paul Scholes, selain turut dilanda krisis kecederaan.

6 Januari 2012

John Terry tetap sokong AVB

Kapten Chelsea, John Terry (gambar) menegaskan pengurus Andre Villas-Boas mendapat sokongan penuhnya selepas laporan mendakwa kapten England itu adalah salah seorang pemain senior yang sudah tidak sehaluan dengan bos dari Portugal itu.Reputasi Villas-Boas sebagai salah seorang pengurus muda terbaik dunia bola sepak tergugat sejak tiba di Stamford Bridge apabila Chelsea tewas empat aksi Liga Perdana sehingga kini menyebabkan harapan meraih kejuaraan terancam.

5 Januari 2012

Lampard setia bersama Blues

Frank Lampard menegaskan dia masih berhasrat untuk menetap di Chelsea walaupun tidak sehaluan dengan Andre Villas-Boas.Pemain tengah England itu meledak gol pada lewat perlawanan untuk Chelsea menang 2-1 ke atas Wolves pada Isnin, namun sumbangannya langsung tidak dihargai Villas-Boas.Lampard, 33, bagaimanapun berazam untuk membuktikan dia masih mampu memainkan peranan penting di kelab dan berkata, Chelsea tidak boleh berputus asa dalam impian meraih kejuaraan.

Lampard bidas Villas-Boas

Frank Lampard seakan-akan memberi bayangan yang dia tidak berpuas hati dengan pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas.Pemain tengah England menyuarakan kenyataan tersebut selepas Villas-Boas mendakwa Chelsea sudah terkeluar daripada perebutan gelaran Liga Perdana England musim ini.Lampard menjaringkan gol kemenangan Chelsea ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1, sekali gus memintas kedudukan Arsenal di tempat keempat liga pada Isnin lalu.

4 Januari 2012

John Terry saman syarikat rokok

Peguam kapten bola sepak England, John Terry mungkin mengambil tindakan undang-undang selepas imej pemain itu digunakan dalam amaran pada kotak rokok di India.Gambar samar-samar itu yang menunjukkan kepala dan bahu seorang lelaki menyerupai Terry muncul pada kotak rokok Gold Flake dan jenama lain dengan gambar paru-paru yang sudah hitam berserta amaran berbunyi ‘Merokok Membunuh.’

Chelsea kembali ke rentak sebenar - AVB

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas menegaskan bahawa pasukannya sudah kembali ke saingan merebut takhta Liga Perdana selepas mengutip tiga mata penting hasil kemenangan 2-1 ke atas Wolves di Molineux, semalam.Jaringan lewat dramatik Frank Lampard pada minit ke-89 sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan ke atas Villas-Boas yang tidak senang duduk menyaksikan pasukannya berhempas pulas sebelum menang.

3 Januari 2012

Villas-Boas dikecam pemain sendiri

ANDRE Villas-Boas menerima tamparan hebat selepas pemainnya mengkritik caranya menguruskan kelab tersebut.Mereka percaya bekas pengurus Porto itu mengaplikasikan taktikal yang tidak sesuai selain gagal mengendalikan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL).Malah, beberapa pemain hilang sabar terhadap tindakan pengurus berusia 33 tahun itu yang tidak membenarkan Nicolas Anelka menyertai pemain lain meraikan parti Krismas di padang latihan.

BPL: Keputusan Wolverhampton vs Chelsea

Chelsea akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan pertama setelah 4 perlawanan sebelum ini dengan menewaskan wolves 2-1 digelangang lawan. Walaupun perlawanan berlansung agak tengang pada separuh masa pertama sehingga pengadil terpaksa melayangkan 5 kad kuning namun tiada gol dapat dihasilkan..Separuh masa kedua chelsea berjaya mendapatkan gol melalui ramires minit ke 54..namun kelekaan pertahanan chelsea pada 10minit terakhir sering mengundang padah apabila wolves berjaya menyamakan kedudukan minit ke 84..Lampard yang melakukan kesilapan ketika menentang aston villa sabtu lepas menebus kembali dengan gol kemenangan minit ke 89.

2 Januari 2012

Kedudukan Torres di Euro 2012 tergugat

Kurang aksi bersama Chelsea bakal memberi kesan buruk kepada penyerang, Fernando Torres dalam skuad Sepanyol apabila juara Eropah itu turun mempertahankan gelaran mereka Jun ini, kata jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque.Torres lebih banyak berada di bangku simpanan sewaktu bersama Chelsea dan perkara tersebut membimbangkan Del Bosque.

Gol ke 150 Drogba tiada erti

Didier Drogba memahat namanya dalam catatan sejarah Chelsea apabila meledak gol ke-150 peribadi untuk kelabnya itu kelmarin tapi ia masih belum cukup untuk mengelak mereka daripada tewas 1-3 kepada Aston Villa di tempat sendiri pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Penyerang berusia 33 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke-23 menerusi sepakan penalti sekali gus membantu pemain antarabangsa Ivory Coast itu menyamai rekod legenda di Stamford Bridge iaitu Peter Osgood dan Roy Bentley dengan jumlah jaringan sama.

1 Januari 2012

BPL: Keputusan Chelsea vs Aston Villa

Makin parah...Chelsea bungkus pulak kali ni..lepas seri 3 game chelsea menamatkan tahun 2011 dengan keputusan sangkak..luiz dan lampard peyumbang gol aston villa..Walaupun dah mendahului dengan drogba melalui penalti minit ke 22 tapi kealapaan benteng pertahanan sekali lagi menghantui chelsea..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...