30 September 2011

Chelsea patut menang: AVB

JARINGAN di minit-minit akhir nyata menghancurkan hasrat pengurus Chelsea, Andre Villa-Boas (AVB) untuk mengutip tiga mata berharga pada aksi Liga Juara-juara (UCL) menentang Valencia, awal pagi semalam. The Blues yang mendahului pada minit ke-55 hasil jaringan Frank Lampard, dengan dominasi perlawanan berpihak kepada pasukan itu sebelum sepakan penalty Roberto Soldado pada minit ke-85 memusnahkan segalanya.

Chelsea lebih hebat

Keputusan seri 1-1 yang dilakarkan oleh Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara ketika menentang Valencia adalah sesuatu yang hebat berbanding keputusan yang dilakarkan Barcelona di Mestalla, minggu lalu, kata penjaring gol, Frank Lampard.

Lampard 'tutup mulut' pengkritik

Frank Lampard membuktikan sentuhan penyudahnya masih berbisa apabila meledak satu gol ketika Chelsea seri 1-1 dengan Valencia pada aksi Kumpulan E kempen Liga Juara- Juara awal pagi semalam.Penampilan Lampard di Stadium Mestalla itu memang mencuri tumpuan selepas dia hanya diturunkan dalam satu daripada empat perlawanan terakhir skuad The Blues sebe- lum ini.

29 September 2011

UCL: Keputusan Velncia vs Chelsea


Keputusan UCL pagi tadi..chelsea seri bertemu valencia.. Gol chelsea dijaringkan oleh lampard minit ke 56.. Ketangkasan penjaga gol valencia menyukarkan chelsea untuk menang pagi tadi.. apa2 pun tahniah kerana memperoleh 1 mata..

ArulchelseA:Torres terus membangakan..

Torres expecting hostile Spanish test

Chelsea striker Fernando Torres has warned his teammates to expect a ferocious atmosphere in Valencia tonight.
The Blues travel to Spain for their second Champions League Group E match, having opened their account this term with a 2-0 win against Bayer Leverkusen at Stamford Bridge.A trip to the Mestalla stadium is a different proposition entirely though, with Torres expecting an intense reaction from the crowd at a ground he's failed to win at as a visiting player.

28 September 2011

AVB Utamakan prestasi

ANDRE Villas-Boas (AVB) memberi amaran kepada semua pemain kelab itu terutama Frank Lampard bahawa tiada sesiapa di kelab itu diberi keutamaan dalam barisan kesebelasan utama menjelang perlawanan akan datang. Menurut AVB, dia amat mementingkan prestasi semasa pemain itu berbanding reputasi yang diterimanya meskipun Lampard menjaringkan satu gol baru-baru ini.

Juan Mata jumpa valencia

Penyerang Chelsea, Juan Mata akan mengetepikan rasa hormat apabila bertemu bekas rakan sepasukan di Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara pada awal pagi esok.Penyerang berusia 23 tahun itu berpindah ke Stamford Bridge pada Ogos lalu dan mencatat rekod pembelian yang termahal buat Chelsea dalam usaha memburu trofi Liga Juara-Juara.

27 September 2011

Cech idam juarai Liga Juara-Juara

Penjaga gawang, Petr Cech mengaku Chelsea bernafsu untuk menjuarai Liga Juara-Juara dari sudut positif kerana pasukan yang bercita-cita besar pastinya mahu mendakap trofi paling berprestij.Selepas memulakan kempen dengan menumpaskan Bayer Leverkusen, 2-0, Chelsea berkunjung ke Valencia awal pagi esok, ujian paling besar dalam saingan peringkat kumpulan yang turut membabitkan Genk.

EXCLUSIVE: TORRES TALKS

26 September 2011

Andre Villas-Boas bengang

PENGURUS Chelsea, Andre Villas-Boas (AVB) tidak dapat menerima kritikan selepas pasukannya dilabelkan kuda tua dan bermain secara bertahan ketika tumpas 1-3 di tangan Manchaester United, Minggu lalu.




 Katanya, orang ramai terlalu cepat mengeluarkan kritikan dan ia tidak bagus buat bola sepak di England.“Saya terkejut mengapa masyarakat di sini terlalu cepat melabelkan pasukan itu bagus atau tidak. “Sesiapa pun mahu menang tapi hari itu kami tidak bernasib baik sedangkan kami sudah lakukan yang terbaik,” katanya.

Drogba-'Saya bertuah masih hidup'

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan lebih serius ketika berlaga dengan penjaga gol Norwich, John Ruddy pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung bulan lalu.






Dalam Insiden tersebut, Drogba terpaksa dikejarkan ke hospital dan menjalani imbasan kepala selepas pengsan akibat terkena siku Ruddy ketika cuba menanduk bola di udara. “Ia memang menakutkan, saya tidak sanggup untuk mengenang kembali insiden itu. “Saya bertuah kerana tidak mengalami kecederaan lebih parah,” katanya.

25 September 2011

BPL: Keputusan Chelsea Vs Swansea City


Kemenangan yang membangakan..torres terus menunjukan peningkatan dengan menjaringkan gol minit 29 di ikuti gol dari ramires minit ke 35..


Walaupun minit ke 38 torres dilayangkan kad merah chelsea terus mengasak pada masa kedua dan ramires sekali lagi menunjukan kehebatanya dengan gol ke 3 minit ke 76.


Drogba yang masuk mengantikan anelka juga tidak ketingalan  mencatat nama sebagai penjaring pada minit2 akhir perlawanan.. tahniah chelsea...

ArulchelseA:Jika Torrs tidak dilayangkan kad merah kemungkinan dia boleh lagi menjaringkan gol.

24 September 2011

BPL: Chelsea Vs Swansea City

Malam ini chelsea akan menanti kunjungan swansea city di stamford bridge...Selepas kalah dengan Man.utd minggu lepas.. chelsea perlu bangkit dan pastikan tiga mata dalam tangan..harap perlawanan ke enam malam ini torres terus mempamerkan aksi yang memberansangkan....Kepada peminat2 setia chelsea jangaan lupa menyaksikan pertarungan ini di astro jam 10.00mlm disaluran 812.

Torres tetap jadi taruhan

Fernando Torres sekali lagi menjadi tumpuan apabila penyerang Chelsea itu turun buat kali pertama sejak kegagalannya menjaringkan gol di depan pintu gol yang terbuka luas ketika bertemu Manchester United minggu lalu.Pasukan Blues menanti kunjungan Swansea City, hari ini dengan harapan ia dapat memulihkan semangat penyerang antarabangsa Sepanyol itu yang diejek penyokong selepas tewas kepada United.

23 September 2011

Cech sudah pulih

CHELSEA menarik nafas lega apabila penjaga golnya Petr Cech terselamat daripada kecederaan serius selepas berlaga dengan penyerang Fulham, Orlando Sa pada perlawanan Piala Carling, semalam.

Anelka sahut cabaran

BANYAK tumpuan diberikan kepada usaha Chelsea merekrut pemain muda musim ini, tanda Andre
Villas-Boas merombak skuad yang kelihatan berusia.Antara yang mungkin menjadi mangsa polisi ini adalah pemain berusia 32 tahun, Nicolas Anelka tetapi dia menyahut cabaran baru itu dengan mempamerkan persembahan mengagumkan pada musim baru setakat ini.

Chelsea menang nasib

Chelsea mengharapkan tuah untuk mara ke pusingan keempat Piala Liga pada awal pagi semalam.Skuad bimbingan Andre Villas-Boas itu mencatat kemenangan 4-3 ke atas Fulham menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stamford Bridge.

19 September 2011

Anelka mahu tinggalkan Blues

Nicolas Anelka mungkin menjadi pemain yang bakal meninggalkan Stamford Bridge sekali gus akan menjadi perpindahan percuma pada tahun depan.Anelka, 32, telah menunjukkan kesungguhannya sewaktu berada di bawah kendalian pengurus baru Blues, Andre Villas-Boas musim ini, namun tetap mahu meninggalkan kelab tersebut biarpun telah ditawar untuk melanjutkan kontrak.

Video:Torres Goal Vs Man.Ud

Torres bakal dipinjamkan

Bintang sensasi Chelsea, Fernando Torres bakal dipinjamkan kepada kelab lain pada Januari depan andai dia masih gagal mengakhiri kemarau gol yang dialaminya.Difahamkan, kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Sepanyol bakal menjadi destinasi pilihan utama skuad The Blues untuk meminjamkan Torres.

BPL: Keputusan Man.Utd. vs Chelsea


Terlalu banyak peluang yang di sia2kan..dengan pertahanan yang kucar kacir pada babak pertama menyebabkan chelsea kecundang di tangan Man.utd.Separuh masa kedua chelsea dah menguasai perlawanan dengan kemasukan anelka..cuma nasib tak menyebelahi chelsea..Walau pun torres dapat jaringkan gol..tapi dengan peluang yang banyak diperolehinya menyebabkan gol pertamanya untuk musim ini tiada erti..

Manchester United (4-4-2):De Gea; Smalling (Valencia 61), Jones, Evans, Evra (c); Nani, Fletcher, Anderson (Carrick 61), Young; Rooney, Hernandez (Berbatov 78)
Unused subs Lindegaard, Fabio Da Silva, Park, Giggs.
Goals
Smalling 7, Nani 36, Rooney 44

Chelsea (4-3-3): Cech; Bosingwa, Ivanovic, Terry (c), Cole; Ramires, Meireles (Mikel 78), Lampard (Anelka h-t); Sturridge (Lukaku 67), Torres, Mata.
Unused subs Turnbull, David Luiz, Romeu, Malouda.
Goals Torres 46

ArulchelseA: Ada peningkatan torres..

18 September 2011

Andre Villas-Boas:'Saya tidak akan tunduk'

Andre Villas-Boas akan berdepan cabaran terbesar dalam kariernya apabila berkunjung ke Old Trafford malam ini.Pengurus baharu Chelsea itu akan berjalan di hadapan 75,000 penonton di Old Trafford untuk berdepan sebuah pasukan hebat, Manchester United dan seorang pengurus yang memiliki reputasi dan pencapaian yang hebat di dunia.Alex Ferguson mula mengambil alih United ketika pengurus The Blues itu baru berusia lapan tahun.Namun, Villas-Boas berkata: “Saya tidak akan tunduk dengan reputasi Alex Ferguson mahu pun suasana di Old Trafford.

BPL: Man.Utd. vs Chelsea

Malam ini chelsea akan bertandang ke old trafford..untuk meleburkan rekod kebal Man utd.Selepas seri dan menang tiga perlawanan sebelum ini ..harap perlawanan kelime malam ini chelsea akan meneruskan rentak kemenangan..Kepada peminat2 setia chelsea jangaan lupa menyaksikan pertarungan sengit ini di astro jam 11.00mlm disaluran 817.


ArulchelseA: Ramalan aku  chelsea menang 2-1..(MU tak power lah.. dengan pasukan lain boleh la.. )

17 September 2011

Torres belum panas: Mata

PEMAIN tengah Chelsea, Juan Mata menegaskan musim ini bakal menjadi milik rakannya, Fernando Torres.
Torres yang sebelum ini gagal untuk menjaringkan sebarang gol juga tidak diketahui nasibnya pada perlawanan menentang Manchester United esok sama ada pengurus, Andre Villas-Boas mahu menurunkannya atau sebaliknya.

Chelsea tekad benam ego MU

Chelsea berazam menghentikan kejutan awal musim Manchester United, malam esok apabila dua seteru itu bertemu di Old Trafford.Kelab London itu berkunjung ke Manchester sebagai pasukan bukan pilihan selepas tiga kali tewas kepada anak buah Sir Alex Ferguson tahun ini iaitu tewas dalam dua aksi liga dan Liga Juara-Juara pada penghujung musim lalu.

Chelsea idam 'goyang' United

Chelsea berazam menyekat kecemerlangan awal Manchester United apabila kedua-dua pasukan gergasi Liga Perdana England itu bertemu buat kali pertama musim ini di Old Trafford esok.Dendam ketika tewas dalam tiga perlawanan terakhir musim lalu iaitu Liga Juara-Juara Eropah dan liga domestik ternyata tidak pernah padam.Biarpun menyedari mereka kali ini turun sebagai underdog dan bakal berdepan barisan garang United yang telah menjaringkan 18 gol dalam empat perlawanan setakat ini, skuad bimbingan Andre Villa-Boas itu punya alasan tersendiri untuk meningkatkan keyakinan mereka.

16 September 2011

Luiz predicts United upset

David Luiz targets three points at Old Trafford

David Luiz is focused on helping Chelsea achieve victory at Old Trafford on Sunday, having made his Champions League bow for the Blues this week.

The west Londoners travel to Manchester off the back of a morale boosting win against Bayer Leverkusen, while their Barclays Premier League opponents had to settle for a point against Benfica on Wednesday.
However, United have been in rampant form domestically - taking maximum points from their four league outings, while plundering 18 goals.

Chelsea join £35m Spanish midfielder battle

 
Chelsea are being linked with a big-money transfer battle with Manchester City over Spanish international midfielder Sergio Busquets.

The Barcelona star is reportedly set to become the subject of a bidding war between the two Barclays Premier League clubs, with the Etihad Stadium outfit first linked with a £35 million move for the player earlier in the week.

Dendam Ivanovic

BRANISLAV Ivanovic kini dalam misi balas dendam di Old Trafford, ketika Chelsea berazam untuk mengaibkan Manchester United, Ahad ini.Pemain Serbia itu masih mengingati dua kekalahan di tangan musuh terhebat Blues itu yang menyebabkan Carlo Ancelotti kehilangan kerja.Kini ketika kelab itu dibimbing Andre Villas-Boas, dia mahu membuktikan bahawa United bukan pasukan yang tidak boleh dihalang biarpun bermula dengan penuh sensasi musim ini.

15 September 2011

Anda dimaafkan, Torres: Villas-Boas

Pengendali Chelsea, Andre Villas-Boas berkata keraguan terhadap Fernando Torres dianggap tamat selepas penyerang Sepanyol itu membantu mencipta dua gol ketika pasukannya menewaskan Bayer Leverkusen 2-0 dalam aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara kelmarin.Torres sebelum ini mencetus kontroversi selepas mengkritik rakan sepasukan dengan mengatakan mereka “tua dan lembap”, membuatkan Villas-Boas bengang dan mahu mengambil tindakan ke atas penyerang yang masih kemarau gol itu.

Torres ‘pujuk’Villas-Boas

FERNANDO Torres mungkin boleh melupakan igauan ngeri dalam kerjaya, akibat kemarau gol sejenak, apabila menjadi orang penting membantu The Blues menghasilkan jaringan kemenangan pada aksi Liga Juara-juara (CL) menentang Bayer Leverkusen, semalam.

14 September 2011

Wordless Wednesday

ArulchelseA: Torres tetap terbaik..

Torres disiasat

Fernando Torres disoal siasat oleh Chelsea berhubung satu temuramah yang mana dia dikatakan mengkritik rakan sepasukannya.Torres bercakap kepada laman web rasmi Liga Primera Sepanyol minggu lalu dengan terjemahan Inggeris kemudiannya muncul dalam laman web peribadi penyerang itu.Torrres yang mengalami ketandusan gol sejak perpindahan 50 juta (RM241.3 juta) dari Liverpool dilaporkan berkata pemain ‘tua’ Chelsea “sangat perlahan” dan memuji rakan sepasukan baru, Juan Mata sebagai pemain yang wajar dibeli.Pengurus Andre Villas-Boas mahukan penjelasan Torres yang mendakwa ia tidak diterjemah dengan tepat dalam laman web miliknya.

UCL: Keputusan Chelsea vs Bayer Leverkusen


Gol chelsea dijaringkan oleh david luiz minit ke 65 dan Juan mata minit 90..Tahniah pada Torres walaupun tak menjaringkan gol..tapi menunjukan peningkatan dengan percubaan yang merbahaya..cuma nasib tak menyebelahi untuk menjaringkan gol.. 

ArulchelseA:Tepat tekaan aku kali ni..chelsea menang 2-0..

13 September 2011

UCL:Chelsea vs Bayer Leverkusen



Pagi ni chelsea akan menentang bayer leverkusan dalam saingan liga juara2..Pada peminat2 setia chelsea jangan lupa saksikan perlawanan pertama UCL ini di astro saluran 813 jam 2.30 pg...

ArulchelseA:Pertemuan ballack dengan chelsea..rasa aku chelsea boleh memang 2-0.

Bayangan suram Torres

FERNANDO Torres bakal berhadapan zaman kegelapan dan kemungkinan tidak tersenarai dalam kesebelasan utama aksi Liga Juara-juara, selepas kegagalannya menamatkan kemarau tanpa gol sejak tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris, bermula.

Torres juga berkemungkinan kehilangan tempat pada aksi menentang Manchester United, Ahad depan.Sejak kedatangannya ke Chelsea, Januari musim lalu, Torres sekadar menjaringkan satu gol, sekali gus menambah resah jurulatihnya Andre Villas-Boas yang tidak mahukan The Blues kehilangan mata berharga.

The Blues bakal berhadapan Bayer Leverkusen, esok dalam aksi pertama Liga Juara-Juara sebelum turun menentang United.

Villas-Boas sedia laksana misi

Andre Villas-Boas bersedia melaksanakan misi yang gagal dilaksanakan enam pengurus sebelum ini untuk membawa trofi Liga Juara-Juara dalam genggaman pemilik Chelsea, Roman Abramovich, musim ini.Sejak jutawan dari Russia itu mengambil alih kelab London itu pada 2003, bekas pengurus Claudio Ranieri, Jose Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Guus Hiddink dan Carlo Ancelotti meninggalkan Stamford Bridge selepas gagal mendominasi saingan peringkat Eropah.

12 September 2011

Torres tetap dapat kepercayaan

Andre Villas-Boas memberi bayangan akan menurunkan Fernando Torres apabila Chelsea memulakan kempen Liga Juara-Juara menentang Bayer Leverkusen di tempat sendiri, esok.Torres diketepikan di bangku simpanan ketika kelab London itu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini menerusi kemenangan 2-1 di Sunderland, kelmarin.

Villas-Boas puas hati komitmen pemain


CHELSEA kembali berada di landasan sebenar selepas meraih kemenangan, 2 - 1 ke atas Sunderland. Pada aksi Liga Perdana Inggeris, penyerang Daniel Sturridge menyelamatkan Chelsea daripada pulang membawa satu mata apabila meledak gol kedua pada minit ke-50 selepas jaringan pertama oleh John Terry yang menerjah gawang lawan pada minit ke-18.

11 September 2011

Torres: Chelsea terlalu perlahan

Penyerang Chelsea, Fernando Torres (gambar) menghentam kelabnya apabila mendedahkan, barisan pemain tengah skuad The Blues itu sudah terlalu tua.Penyerang Sepanyol itu mengalami kemarau gol dan setakat ini hanya menjaringkan satu gol untuk Chelsea dan skuad kebangsaan sejak tiba di Stamford Brigde dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta (RM238.55 juta) dari Liver- pool pada Januari lalu.

Meireles penuhi kehendak The Blues

Andre Villas-Boas kelmarin menegas- kan bahawa pemain baharu, Raul Meireles (gambar) adalah perancang yang amat diperlukan dalam skuad Chelsea.The Blues membeli pemain Portugal itu pada saat-saat akhir selepas gagal membawa bintang Spurs, Luka Modric.Villas-Boas menjelaskan, pemain yang dijual olehnya kepada Liverpool ketika bersama Porto tahun lalu itu memenuhi semua kriteria se- bagai seorang perancang tengah.

Keputusan Sunderland vs Chelsea


Gol dijaringkan oleh Teryy dan Sturridge


ArulchelseA: kesilapan pertahanan membawa padah..kalau tak dah menang 2-0..perlu tajamkan lagi serangan jika mahu menang lawan man. utd minggu depan.

10 September 2011

Sunderland Vs Chelsea

Malam ini chelsea akan menentang sunderland di tempat lawan.Selepas seri dan menang dua perlawanan sebelum ini ..harap perlawanan keempat malam ini chelsea akan meneruskan rentak kemenangan.Kepada peminat2 setia chelsea jangaan lupa menyaksikan perlawanan ini di astro jam 10.00mlm disaluran 812.


ArulchelseA: Ramalan aku chelsea menang 2-0

Chelsea terdesak

Penyerang Chelsea, Didier Drogba tidak akan bersama pasukan itu ke Sunderland hari ini dan dijangka akan diketepikan pada aksi menentang Manchester United dalam perlawanan seterusnya Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford.

9 September 2011

Amaran buat Torres

Fernando Torres telah diberi amaran bahawa kemarau jaringan di Chelsea kini bakal menjejaskan karier antarabangsa bersama skuad kebangsaan Sepanyol.Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque memberitahu Torres bahawa dia tidak akan diturunkan selagi belum menjaringkan gol buat skuad The Blues.Penyerang Sepanyol itu mula ketinggalan di belakang beberapa penyerang lain dalam skuad kebangsaan selepas hanya menyumbang satu gol sejak berpindah dari Liverpool ke Stamford Bridge pada Januari lalu.

Meireles dedah rahsia

Raul Meireles menegaskan, dia tidak pernah terfikir untuk meninggal- kan Liverpool.Pemain tengah Portugal itu melengkapkan perpindahan bernilai £12 juta (RM57.25 juta) ke Chelsea pada saat-saat akhir sebelum pintu perpindahan ditutup minggu lalu.Perpindahan itu turut menyaksikan Meireles kembali bergabung bersama bekas pengurus kelab Porto FC, Andre Villas-Boas yang kini mengemudi skuad The Blues itu di Stamford Bridge.

8 September 2011

Cech kembali pulih

Chelsea menerima berita gembira kelmarin apabila Petr Cech kembali berlatih sepenuh masa menjelang kunjungan ke Sunderland bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.Penjaga gol itu diketepikan antara tiga dan empat minggu selepas koyak ligamen lutut ketika berlaga semasa latihan bulan lalu namun berjaya memulihkan diri lebih cepat daripada yang dijangkakan.

6 September 2011

Terry yakin kemampuan Rooney

Kapten England, John Terry percaya Wayne Rooney sudah kembali kepada prestasi terbaiknya yang boleh membantu skuad negaranya menjadi pesaing utama Euro 2012.Skuad kendalian Fabio Capello bakal layak ke pusingan akhir di Poland dan Ukraine jika menewaskan jiran mereka, Wales di Stadium Wembley pada awal pagi esok dan Rooney dijangka mengetuai jentera serangan selepas menamatkan kemarau jaringan di pentas antarabangsa ketika menewaskan Bulgaria 3-0 pada Jumaat lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...