14 April 2012

Piala FA: Terry, Cole pulih, Chelsea yakin

Kehadiran John Terry dan Ashley Cole menjelang perlawanan Chelsea menentang Tottenham dalam persaingan separuh akhir Piala FA esok nyata menyuntik semangat kelab itu dalam misi mengutip kemenangan.
Terry, Kapten Chelsea yang cedera tulang rusuk dan Cole masalah buku lali terlepas dua perlawanan terakhir kelab itu - ketika menentang Fulham dan Wigan minggu lepas.

Kembalinya kedua-dua mereka dalam pasukan The Blues nyata sangat diperlukan, lebih-lebih lagi kelab itu telah kehilangan seorang pemain utama, Brannislav Ivanovic yang digantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris selepas gagal mengawal tindak tanduk ketika persaingan Liga Perdana Inggeris menentang Wigan, Sabtu lalu.

Pengendali sementara Chelsea, Roberto Di Matteo gembira dengan keadaan mereka sekali gus beliau yakin akan menguatkan lagi pasukan itu ketika perlawanan esok.

“Ashley dan Terry telah menjalani latihan hari ini (semalam), dan mereka sudah bersedia untuk diturunkan nanti.

“Ini satu masa yang baik yang akan digunakan setelah mereka betul-betul pulih dari kecederaan," kata Di Matteo.

Di Matteo yang berpuas hati dengan prestasi pemainnya bagaimanapun tetap bimbang dalam misinya untuk menewaskan Tottenhem dan berjanji akan cuba melakukan yang terbaik menjelang perlawanan.

"Untuk perlawanan nanti, kedua-dua pasukan berada dalam keadaan seimbang, dan sukar untuk menentukan peluang pasukan mana yang akan menang.

"Apa pun, kami akan lakukan yang terbaik untuk menang, sekali gus memenangi Piala FA," tambahnya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...