25 April 2012

UCL:Keputusan Barcelona vs Chelsea

Chelsea layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menerusi kemenangan agregat 3-2 selepas seri 2-2 dengan Barcelona pada saingan kedua separuh akhir di Nou Camp, sebentar tadi

Chelsea yang bermain 10 orang selepas kaptennya, John Terry dikenakan kad merah pada minit ke-43 akan bertemu sama ada Real Madrid atau Bayern Munich. 

Pada perlawanan pertama separuh akhir di Stamford Brigde, Chelsea menang 1-0 ke atas Barcelona.Barcelona membuka tirai jaringan menerusi Sergio Busquets pada minit ke-35 tetapi Chelsea dikejutkan apabilla Terry dikenakan kad merah selepas memijak penyerang Barcelona, Sanchez Alexis pada minit ke-36.

Andres Iniesta meletakkan Barca di depan pada minit ke-43 namun Chelsea memperoleh jaringan pada minit ke-46 masa tambahan menerusi Ramires.

Masuk masa kedua, Barcelona hampir memperoleh gol tetapi sepakan penalti Lionel Messi terkena palang.
Barca kemudian kebuntuan memperoleh jaringan meskipun mendominasi serangan dan pada minit tambahan, Fernando Torres meloloskan diri daripada pertahanan Barca untuk gol penyamaan Chelsea.[sumber]

Barcelona vs Chelsea 2-2 Goals & Highlights


ArulchelseA: anda percaya!!! parking bus pun dapat 2 gol..barca gila2 serang pun dapat 2 gol..tahniah chelsea...

makan rumput je la bro..

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...