Pengendali sementara, Rafael Benitez berada pada kedudukan untuk dilantik sebagai pengurus tetap di Chelsea.
Berita tersebut pastinya mengejutkan penyokong yang mengkritik bekas 
bos Liverpool itu sejak dia dipilih sebagai pengurus sementara bulan 
lalu.
Sumber dalaman di Stamford Bridge berkata, Rafa berada pada landasan 
untuk menjadi pengurus sepenuh masa selepas kelabnya mencatat beberapa 
keputusan yang memuaskan.
Pemilik kelab, Roman Abramovich tertarik dengan keupayaan Blues mencatat enam kemenangan daripada tujuh perlawanan, di mana Chelsea meledak 26 gol.
Benitez, 52, dibantu oleh Fernando Torres yang kembali menemui 
sentuhan jaringan apabila menjaringkan tujuh gol daripada tujuh 
perlawanan.
Malahan Bentinez juga mendapat peruntukkan untuk membeli pemain bagi menguatkan pasukan.Sasaran utama Chelsea, Pep Guardiola dikaitkan akan kembali ke Barcelona selepas bercuti panjang.
Bos Barca ketika ini, Tito Vilanova disahkan mengidap barah dan wujud
 kebimbangan mengenai kemampuannya untuk jangka masa panjang.
Jose Mourinho juga mungkin kembali ke Chelsea dan dia turut dikaitkan
 dengan perpindahan ke Manchester United, Manchester City atau Paris 
St-Germain apabila dia meninggalkan Real Madrid musim panas ini.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan