Jose Mourinho sedia kembali ke Stamford Brigde untuk menyelamatkan kelab kesayangannya, Chelsea.
Satu-satunya perkara yang dinantikan Special One ialah panggilan daripada pemilik bilionair The Blues,
Roman Abramovich, yang pastinya terdesak mencari pengurus baharu untuk
mengambil alih daripada pengendali sementara, Rafa Benitez selepas bekas
bos Liverpool itu gagal memulihkan Chelsea.
Benitez terus dihimpit tekanan berikutan kekalahan 2-3 di tangan Newcastle pada Sabtu lalu.Abramovich harus bertindak segera sekiranya dia inginkan kepulangan Mourinho.
Pengendali berwibawa Portugal itu hampir pasti meninggalkan Real
Madrid selepas tamat musim ini, dan tawaran lumayan menanti di
merata-rata tempat.
Namun, Special One akan menolak kesemuanya jika diberi diberi peluang untuk pulang ke London, tempat yang dianggapnya sebagai 'kediaman'.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan