13 Februari 2013

Marko Marin belum selamat

Masa depan Marko Marin di Stamford Bridge masih samar meskipun berjaya meledak gol pertamanya bersama Chelsea, Sabtu lalu.


Sejak tiba dari Werder Bremen musim lalu, Marin hanya diturunkan dalam 11 perlawanan.

Terpaksa bersaingan dengan Juan Mata, Eden Hazard dan Oscar menjadi punca pemain antarabangsa Jerman itu terus memanaskan bangku pemain simpanan.Malah, pemain tengah itu dikaitkan spekulasi liar apabila dikatakan bakal dilepaskan musim depan.

"Saya tidak mahu layan (spekulasi). Anda perlu tahu, saya mempunyai kontrak selama lima tahun di sini. Lagipun, saya baru lima bulan berada di England, di mana tiga bulan pertama saya terpaksa berehat kerana cedera.

"Soal berpindah ke kelab lain tidak pernah timbul. Memang kecewa apabila kerap memanaskan bangku simpanan tapi saya percaya, masanya akan tiba buat saya pamerkan permainan sebenar," katanya.[sumber]

1 Pengulas Sukan:

Unknown berkata...

wow ! suke chelsea eh ! bole bergaduh nie...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...