2 Februari 2013

Hukuman Hazard tidak ditambah

Penggantungan tiga perlawanan Eden Hazard kerana menyepak seorang budak pengutip bola ketika Chelsea bertemu Swansea pada separuh akhir Piala Liga kekal selepas Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris tidak bercadang menambah hukuman itu.


Hazard dibuang padang kerana salah laku berikutan insiden di Stadium Liberty, yang menyaksikannya bergelut dengan budak pengutip bola, Charlie Morgan selepas remaja itu enggan memberikannya bola.

Kad merah pemain Belgium itu bermakna secara automatik digantung tiga perlawanan namun FA berasakan ia “tidak mencukupi” dan mempertimbangkan untuk menambah hukuman.

Namun satu kenyataan FA kelmarin menyebut: “Pemain Chelsea, Eden Hazard tidak akan dikenakan hukuman tambahan penggantungan tiga perlawanan kerana salah laku.

“Berikutan pendengaran kes hari ini, suruhanjaya peraturan bebas berasakan penggantungan tiga perlawanan kerana kesalahan itu wajar.” Hazard, yang dibeli dengan harga £32 juta (RM157 juta) dari Lille hujung musim lalu, terlepas aksi seri Chelsea menentang Brentford dan Reading namun boleh diturunkan bagi perlawanan gelanggang sendiri menentang Wigan hujung minggu depan.

Walaupun sesetengah pemerhati bola sepak berasakan Hazard bertindak melampau, yang lainnya melahirkan simpati dan merujuk kepada Morgan, anak lelaki pengarah Swansea, yang menyatakan dalam laman sosial Twitter dia memang berniat melengah-lengahkan masa dan menghalang perancang utama Chelsea itu mengambil bola dengan berbaring di atasnya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...