Penyandang juara Liga Juara-Juara, Chelsea akan mengetuai senarai
empat wakil England dalam misi menempatkan diri dalam kelompok 16
terbaik pada kempen Liga Europa awal pagi esok.
Chelsea akan turun menentang kelab dari Republik Czech, Sparta Prague
di Stamford Bridge dengan berbekalkan kelebihan satu gol selepas menang
tipis 1-0 dalam aksi pertama di gelanggang lawan minggu lalu.
"Kami masih memberi perhatian untuk menang dalam perlawanan itu nanti
kerana ketika ini kami berada dalam prestasi terbaik," kata pemain
tengah Chelsea, Frank Lampard.
Terdahulu, Chelsea mencatat sejarah selaku juara bertahan pertama tersingkir pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
Skuad The Blues itu kini berusaha untuk memulihkan kembali reputasi mereka dalam kempen Liga Europa.
"Amat sukar untuk menumpukan kepada saingan Liga Europa selepas kami tersingkir pada peringkat awal Liga Juara-Juara musim ini.
"Bagaimanapun, Liga Europa tetap salah satu pertandingan yang hebat
dan kami akan tetap bersaing untuk mencapai keputusan terbaik," kata
Lampard.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan