28 Jun 2011

‘Saya bukan klon Mourinho’: Villa-Boas

PENGURUS baru Chelsea, Andre Vlla-Boas tidak mahu dirinya disamakan dengan jurulatih Real Madrid Jose Mourinho. Beliau yang pernah mendapat bimbingan daripada Bobby Robson dan Mourinho sendiri yakin dengan keupayaan yang ada untuk memimpin The Blues tanpa dibayangi kehebatan dua pengurus tersebut.

Drogba ke Galatasaray

Galatasaray akan membenarkan Arda Turan menyertai Chelsea pada harga 7 juta (RM34.2 juta) dengan Didier Drogba berpindah ke kelab Turki itu.Stamford Bridge mensasarkan harga Turan sekitar 18 juta (RM88 juta), harga Drogba pula hanya 11 juta (RM53.8 juta), tawaran tidak mungkin diterima Chelsea.

Pemain sayap berusia 24 tahun itu adalah penyokong Liverpool dan dikaitkan dengan kelab Merseyside itu dan Tottenham sebelum ini namun Chelsea kini berminat berikutan cadangan oleh jurulatih Turki, Guus Hiddink.

26 Jun 2011

Andre Villas-Boas lawan Jose Mourinho

PENGURUS Chelsea, Andre Villas-Boas bakal bertarung dengan mentornya, Jose Mourinho bagi mendapatkan penyerang Porto, Falcao.Pengurus baru di Stamford Bridge itu berdepan cabaran dengan pengurus yang digelar ‘Special One’ untuk mendapatkan penyerang Colombia itu.Kedua-duanya bersedia membayar £26.5 juta (RM128.6 juta) untuk membolehkan syarat pelepasan dalam kontrak pemain berusia 25 tahun itu dilaksanakan.

A.cole mahu ke Real madrid atau Barcelona

Pemain pertahanan Chelsea, Ashley Cole, dilaporkan memujuk bekas isterinya, Cheryl, supaya mengikutnya memulakan hidup baru di Sepanyol.Media Britain semalam melaporkan, Cole yakin dia masih ada satu peluang untuk memenangi semula hati Cheryl sambil mencuba nasib dengan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid atau Barcelona.Pasangan itu bercinta pada 2004 sebelum berkahwin dua tahun kemudian.Bagaimanapun,gaya hidup mewah dan nafsu buas Cole menyebabkan hubungan itu berakhir pada 2010.

25 Jun 2011

Ledakan 'El Nino'

FERNANDO Torres tiba di Chelsea pada hari terakhir perpindahan iaitu 31 Januari 2011 selepas tiga setengah tahun bersama Liverpool.Kehebatan jaringan Torres dalam dunia bola sepak Inggeris tidak dapat dinafikan. Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan 65 gol dalam 102 penampilan liga bersama pasukan Reds dan 81 gol dalam 142 perlawanan menerusi semua kejohanan.Dia menyertai Liga Perdana Inggeris pada usia 23 tahun selepas 12 tahun bersama Atletico Madrid, sebuah kelab di bandar kelahirannya, tidak jauh daripada ibu negara Sepanyol.

Villas-Boas miliki sentuhan istimewa

Bekas pengurus Chelsea, Avram Grant yakin pengurus baharu kelab itu, Andre Villas-Boas memiliki kemampuan untuk mencipta kejayaan di Stamford Bridge.Pada usia semuda 33 tahun, Villas-Boas muncul pengurus paling muda dalam saingan Liga Perdana England selepas dia dilantik menggantikan Carlo Ancelotti.Terdahulu, bekas pengendali kelab Portugal, FC Porto itu pernah berkerja di Stamford Bridge sebagai peninjau bakat di bawah pengurus ketika itu, Jose Mourinho.

Falcao sertai Chelsea

Chelsea semakin hampir mendapatkan khidmat penyerang Porto, Radamel Falcao dengan harga 26.5 juta (RM129.2 juta) selepas pemain itu secara prinsipnya bersetuju menerima gaji 5 juta (RM24.3 juta) setahun.Penyerang prolifik Colombia itu, yang menjaringkan 39 gol bersama Porto musim lalu dijangka mengikut jejak langkah bekas pengurusnya, Andre Villas-Boas ke Stamford Bridge dan secara rasmi menandatangani kontraknya pada 1 Julai.

24 Jun 2011

Video:Exclusive interview with Andre Villas-Boas

Andre Villas-Boas:perbandingan tak boleh dielakan

Pengurus baru Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui perbandingan antara dirinya dengan mentornya yang bekas pengendali Stamford Bridge, Jose Mourinho sebagai sesuatu yang tak dapat dielakkan.Villas-Boas merupakan salah seorang anggota staf kejurulatihan sewaktu Mourinho berkuasa di Chelsea dari 2004 hingga 2007, sebelum mengikutinya pula ke Inter Milan.

23 Jun 2011

Barca sedia beli Luiz

BARCELONA dikatakan bersedia membida pertahanan Chelsea, David Luiz dengan harga RM104 juta.Berita tersebut mengejutkan peminat Chelsea kerana pemain antarabangsa dari Brazil itu hanya menyertai The Blues lima bulan lalu.Luiz, 24, menampilkan aksi konsisten dalam 12 penampilan bersama Chelsea musim lepas di samping menjaringkan dua gol dan menjadi tonggak utama kebangkitan The Blues sehingga muncul tempat kedua liga di belakang Manchester United.

Akhirnya..Pengurus ke 7 Chelsea

Andre Villas-Boas akhirnya dilantik menjadi pengurus ketujuh Chelsea dalam tempoh lapan tahun semalam.Bekas pengurus Porto yang meletak jawatan di kelab itu kelmarin akan menyertai kelab Liga Perdana England tersebut dengan kontrak selama tiga tahun.Villas-Boas, 33, yang seringkali disamakan dengan rakan senegara dan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho akan memulakan tugas serta merta di kelab London itu.

22 Jun 2011

Confirms Villas Boas will be the next manager

Villas-Boas hampiri Chelsea

Jurulatih Porto, Andre Villas-Boas semakin hampir untuk berpindah ke kelab Liga Perdana England,Chelsea selepas melepaskan jawatan itu semalam."Porto telah dimaklumkan mengenai hasrat Villas-Boas untuk meletak jawatan dan secara automatik, klausa dalam kontraknya aktif," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan juara Liga dan Piala Portugal serta Liga Europa itu.Menurut kenyataan itu lagi, kontrak jurulatih berusia 33 tahun itu akan terbatal sebaik sahaja menerima deposit berjumlah 15 juta euro (RM65.4 juta).

21 Jun 2011

Malaga mahu khidmat Drogba

KELAB La Liga, Malaga dilaporkan menunjukkan minat untuk membeli bintang Chelsea,Didier Drogba.Selain Drogba, pemilik Malaga juga jutawan dari Qatar, Sheikh Abdullah bersedia membelanjakan RM49 juta bagi membida pemain tengah Lyon, Jeremy Toulalan. Jika semuanya berjalan lancar, Drogba bakal digandingkan dengan Ruud van Nistelrooy yang terlebih dahulu menyertai kelab itu.[sinar]

Villas-Boas jadi pilihan Chelsea?

Chelsea dilaporkan akan mendapatkan khidmat jurulatih Porto,Andre Villas-Boas musim depan.Menurut laporan media di Portugal semalam,Chelsea bersetuju untuk membayar 15 juta euro (RM65.4 juta) untuk membatalkan klausa dalam kontrak Villas-Boas bersama Porto.Begitupun,dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan Porto, setakat ini (kelab) masih belum menerima informasi bahawa klausa itu akan aktif atau sebaliknya kerana ia berdasarkan kesanggupan jurulatih tersebut.

20 Jun 2011

Isteri Ashley Cole kembali

Penyanyi terkenal, Cheryl Cole telah kembali ke pangkuan bekas suaminya iaitu bintang bola sepak kelab Chelsea, Ashley Cole, lapor sebuah akhbar semalam.Penyanyi kumpulan The Girls Aloud itu bermalam di kediaman hasil perkahwinan mereka yang bernilai £5 juta (RM24juta) di Surrey.Walaupun Cheryl tinggal di rumah yang mempunyai 12 bilik tidur itu, pasangan tersebut dikatakan tidak berkongsi bilik.

Modric mahu sertai Chelsea

Pemain tengah Tottenham Hotspur, Luka Modric mendedahkan hasratnya untuk menyertai Chelsea.Modric dilaporkan bakal mengadakan pertemuan dengan pengerusi kelab, Daniel Levy bagi merealisasikan isu perpindahan ke Stamford Bridge itu minggu ini."Jika ada pihak yang mengemukakan tawaran kepada saya dan tawaran tersebut memberi faedah kepada saya, saya pasti akan berpindah," kata pemain Crotia itu.

19 Jun 2011

Chelsea tawar 50miIlion untuk Aguero

CHELSEA last night launched a stunning £50miIlion bid to sign Atletico Madrid goal ace Sergio Aguero – after it was revealed the player was close to joining Juventus.The Blues’ dramatic move for Aguero, 23, comes as Atletico coach Gregorio Manzano warned ­mega-bucks Manchester City – who are also ­interested in the Argentina striker – to make an offer or face the prospect of having to meet his £45m release clause Chelsea’s bid is intended to blow everyone out of the water. If accepted it would mean that chairman Roman Abramovich has spent £100m on strikers this year, following on from his £50m capture of Fernando Torres, 27, from Liverpool.

Torres:Musim buruk saya

Fernando Torres mengakui dia mengharungi saat 'mengerikan' bersama Chelsea dan berazam untuk melupakannya.Torres, 27, dikritik selepas menyertai Chelsea pada Januari dengan rekod perpindahan tertinggi di antara kelab Liga Perdana.Pemain Sepanyol itu hanya menjaringkan satu gol dalam 18 penampilannya dan dipersalahkan kerana kegagalan Blues mengekalkan kejuaraan liga.

18 Jun 2011

Antara Guus Hiddink dan Andre Villas-Boas.

Chelsea berharap mengesahkan status Guus Hiddink sebagai pengurus barunya dalam tempoh 48 jam walaupun beliau berdepan saingan saat akhir dari jurulatih muda Porto, Andre Villas-Boas.Sumber terdekat Chelsea mendakwa pemilik kelab, Roman Abramovich sudah mencapai kata putus untuk mengisi kekosongan Carlo Ancelotti yang dipecat dalam tempoh dua jam ketika saingan final pasukan itu di Liga Perdana, bulan lalu.

Baik simpan buat pekasam

Manchester City bersedia membuat tawaran bagi mendapat khidmat pemain Tottenham Hotspur, Luka Modric selepas pengurus Spurs,Redknapp menganggap Tawaran Chelsea bernilai 22 juta (RM107.7 juta) mengarut.Redknapp sependapat dengan pengerusinya, Daniel Levy dengan menegaskan pemain tengah Croatia itu tidak akan dijual. Namun media British difahamkan semalam perbincangan membabitkan pegawai tertinggi sudah berlangsung antara City dan Tottenham dengan bidaan 30 juta (RM146.9 juta) bakal diterima dari Eastlands.

17 Jun 2011

Spurs tolak bidaan Chelsea

Tottenham menolak tawaran 22 juta (RM108.1 juta) dari Chelsea untuk mendapatkan khidmat Luka Modric, menurut sumber Sky Sports.Perancang dari Croatia itu menjadi salah seorang pemain paling kreatif di Liga Perdana Inggeris dan mempamerkan persembahan menarik sejak tiba di White Hart Lane pada 2008.

16 Jun 2011

Chelsea perlu bayar RM218 juta

Javier Pastore
PRESIDEN Palermo, Maurizio Zamparini mahu Chelsea membayar RM218 juta kepada kelab itu jika mahu mendapatkan pemain tengahnya, Javier Pastore (gambar).Zamparini berkata, pemain antarabangsa Argentina itu turut menjadi perhatian Real Madrid dan Barcelona.

Chelsea Blue Pitch di Malaysia

SATU lagi sejarah bakal dicatat apabila program Chelsea Blue Pitch akan bertapak di Malaysia bermula bulan depan.Projek tersebut yang lebih menjurus kepada aspek latihan dan pembangunan bola sepak merupakan sebahagian daripada kempen Jelajah Asia Chelsea 2011 yang bertemakan Here to Play, Here to Stay di Asia.Program tersebut akan bertindak sebagai akademi latihan bola sepak dengan dibimbing oleh jurulatih-jurulatih muda Chelsea yang datang ke negara ini dalam waktu tertentu.Menurut Ketua Pegawai

15 Jun 2011

Chelsea pancing Modric

Chelsea bersedia menawarkan gaji setinggi 130,000 pound (RM650,000) seminggu untuk memikat bintang Tottenham, Luka Modric ke Stamford Bridge.Angka itu hampir tiga kali ganda daripada gaji yang diterima pemain dari Croatia itu di White Hart Lane sekarang, iaitu hanya 50,000 pound seminggu (RM250,000). Skuad Blues mengharapkan tawaran lumayan tersebut dapat memujuk perancang utama yang dianggar bernilai 15 juta pound (RM75 juta) itu berpindah dari utara ke barat ibu kota London.

Chelsea belum buat keputusan

Ketua eksekutif Chelsea, Ron Gourlay yakin kelab itu semakin hampir mendapat pengurus baru namun enggan menjelaskan sama ada Guus Hiddink akan kembali ke Stamford Bridge.Selepas Carlo Ancelotti dipecat pada hujung musim lalu, jurulatih Turki, Guus Hiddink dilapor akan mengisi jawatan dipikul secara sementara pada 2009.

14 Jun 2011

Hilario signs new contract

Henrique Hilario has signed a contract extension with Chelsea
Hilario


Chelsea back-up goalkeeper Henrique Hilario has signed a new one-year contract at the club.

The Portuguese stopper's contract was due to expire this summer, and despite being managerless, the London club have given the 35-year-old a new 12-month deal.

13 Jun 2011

Bertrand hails Cole

Ryan Bertrand has praised Chelsea team-mate Ashley Cole
Ashley Cole

Chelsea's Ryan Bertrand admits Ashley Cole has been a help and a hindrance in his quest to succeed him at left-back.

Essien enggan komen

Michael Essien menjangkakan akan kekal beraksi di Chelsea musim depan selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan.
Spekulasi bertiup kencang dari Itali dan Ghana mendakwa Essien akan meninggalkan Stamford Bridge musim panas ini untuk berhijrah ke Inter selepas kempen yang mengecewakan.

12 Jun 2011

Essien committed to Blues

Michael Essien wants to stay at Stamford Bridge
Michael Essien wants to stay 
      at Stamford Bridge

Michael Essien has declared that he expects to still be at Chelsea next season.

Speculation emanating from Italy and Ghana has suggested that Essien could be on his way to Inter Milan this summer following a disappointing campaign at Stamford Bridge.

9 Jun 2011

Hiddink arah Chelsea segera ikat Sneijder


LONDON - Chelsea menyertai perebutan bintang pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder yang dianggarkan bernilai 30 juta pound (RM150 juta), selepas dinasihati bakal pengurusnya Guus Hiddink.
Skuad Blues yakin Hiddink akan menyertai mereka menjelang minggu depan.

Chelsea sedia belanja RM455j

Pemain sensasi Brazil, Neymar menjadi buruan utama Chelsea untuk menguatkan skuad itu musim depan.

Luka Modric, Alexis Sanchez serta sasaran utama, Neymar mengetuai senarai bintang yang ingin dibawa masuk pemilik Chelsea, Roman Abramovich musim depan dengan kesemuanya bakal memaksa jutawan Rusia itu berbelanja 90 juta pound (RM455 juta

Chelsea tawar Drogba kontrak




Didier Drogba
Penyerang Chelsea, Didier Drogba bakal ditawarkan kontrak baru yang akan menyaksikan dia menamatkan karier bola sepak di Stamford Bridge. Pemain antarabangsa Ivory Coast itu sebelum ini dikatakan akan meninggalkan skuad Blues pada musim panas ini ekoran pembelian penyerang Sepanyol, Fernando Torres dari Liverpool, Januari lalu.

Chelsea lancar bidaan baru RM115j untuk Neymar

Chelsea sanggup menawarkan RM115 juta 
untuk mendapatkan Neymar



Chelsea melancarkan bidaan baru untuk mendapatkan penyerang sensasi Brazil, Neymar dengan sanggup menawarkan 23 juta pound (RM115 juta).
Gergasi bola sepak Liga Perdana England itu sebelum ini menawarkan 19 juta pound (RM95 juta) bagi mendapatkan bintang muda Santos itu, namun tawaran tersebut telah ditolak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...