4 Mei 2015

RM548.4 juta sebelah kaki Eden Hazard

Anda sepatutnya memerhati dengan penuh waspada dengan apa yang diperkatakan pengurus Chelsea, Jose Mourinho terhadap pemain berusia 24 tahun, Eden Hazard.


Seperti Pele yang mengubah pandangannya bergantung negara mana beliau berada, pujian Mourinho terhadap siapa pemain terbaik dunia sentiasa berubah-ubah seperti kariernya. Secara umumnya, pemain terbaik di dunia, adalah pemain terbaik di kelab yang dikendalikan Mourinho.

Sewaktu kali pertama Mourinho di Chelsea, Frank Lampard diberitahu (sewaktu sedang mandi) dia pemain terbaik. Selepas berpindah ke Inter, Mourinho memilih Zlatan Ibrahimovic mendahului Leo Messi, Kaka dan Cristiano Ronaldo.

Namun susunan itu berubah apabila beliau menjadi pengurus Real Madrid dan Ronaldo, pemain Portugal itu menjadi pemain pilihannya.

“£100 juta (RM548.4 juta) untuk sebelah kaki, dia masih muda,” kata Mourinho minggu lalu apabila ditanya amaun mencukupi untuk Real Madrid membeli Hazard. “Termasuk salah seorang daripada tiga pemain terbaik mereka”.

Hazard mungkin tidak mencapai nilai £200 juta (RM1.09 bilion) malah Mourinho hanya memberitahu nilai kakinya, bukan keseluruhan tubuhnya dengan tambahan seorang daripada pemain hebat Real tetapi tidak dinafikan pemain yang baru bergelar Pemain Tahunan PFA seorang yang istimewa.

Meskipun menerima tentangan Alexis Sanchez, Harry Kane, David De Gea dan John Terry, Hazard setakat ini pemain paling menyerlah musim ini.

Di Chelsea, Hazard memberikan gaya permainan tersendiri di tengah padang tetapi mung­kin kualiti terhebat dimilikinya adalah permainan bergaya dan berkesan.

Ia mungkin agak membosankan tetapi Hazard tidak pernah mensia-siakan apa yang dilakukannya dengan matlamat tertentu, ia mencerminkan kematangan buat pemain seusianya tetapi menjadikannya amat efektif.

Dalam penilaian Mourinho terhadap Hazard, sebelah kaki pemain itu yang bernilai £100 juta menarik perhatian namun komennya bahawa Hazard bukan pemain yang akan melakukan “20 bicycles” di depan pertahanan adalah sesuatu yang menarik.

Mourinho merujuk kepada Hazard sebagai pemain yang menghormati lawan dan tidak membuang masa menunjuk-nunjuk.

Persoalan mengenai minat Real juga dibangkitkan, dikaitkan kepada jurulatih pasukan B yang meluahkan kekaguman terhadap pemain Belgium dan jurulatih dimaksudkan adalah Zinedine Zidane.
“Saya suka melihat apa yang dilakukannya di padang,” kata Zidane minggu lalu.

“Saya suka cara dia membawa diri, corak permainan dan dia semakin meningkat saban tahun. Dia masih mampu memperbaiki dirinya.”

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...