Aksi menentang Tottenham Hotspur hari ini pastinya akan menjadi tumpuan
seluruh peminat bola sepak dunia dan ia dilihat lebih besar buat Chelsea
berbanding aksi final Liga Europa menentang Benfica, minggu depan.
Pastinya apa juga keputusan pada perlawanan itu akan memberi kesan kepada kedua-dua pasukan. Jika menang, Chelsea mencerahkan peluang untuk meraih satu slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan dengan berkelebihan enam mata berbanding lawan itu.
Saingan Bale, Mata
Bagaimanapun, sekiranya The Blues tewas perebutan untuk berada di empat tempat terbaik Liga Perdana Inggeris kembali terbuka buat tiga pasukan, Chelsea, Spurs dan Arsenal.
Ia bermakna kedua-dua pasukan akan sama daripada segi pungutan mata dan hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan.
Lebih menarik perhatian ia akan menjadi penampilan pertama pengurus Spurs, Andre Villas-Boas ke Stamford Bridges yang begitu mahukan kemenangan selepas dipecat.
Perlawanan itu juga menjadi pentas buat pemain – Gareth Bale dan Juan Mata – terutamanya selepas dua tonggak itu menjadi penyelamat buat pasukan masing-masing dengan gol kemenangan pada perlawanan sebelum ini.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan