21 Mei 2013

Benitez tinggalkan skuad mantap

Rafael Benitez menegaskan, dia meninggalkan Chelsea sebagai sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan selepas mengakhiri khidmatnya selama enam bulan dengan kemenangan 2-1 ke atas Everton semalam dan memastikan tempat ketiga liga.

Benitez juga adalah perancang kepada kejayaan Blues dalam perlawanan akhir Liga Europa dengan mengalahkan Benfica, minggu lalu.

Namun ketiadaan pengurus sementara itu pada majlis meraikan hari terakhir kemenangan mereka di Stamford Bridge semalam, menjelaskan betapa hubungan dia dengan penyokong kelab begitu bermasalah.

Hakikatnya, pengurus dari Sepanyol itu berjaya memberikan kejayaan kepada Blues dan memenangi hati penyokong kelab serta menjernihkan suasana di dalam bilik persalinan.

Dia tetap mahu meninggalkan Chelsea kepada penggantinya, berkemungkinan bos Real Madrid, Jose Mourinho setelah mengambil alih kelab daripada Roberto Di Matteo November lalu."Berada di Chelsea merupakan pengalaman yang hebat.

"Saya mengambil alih sebuah pasukan yang sedang dalam proses perubahan, dengan pemain baru namun saya meninggalkan pasukan ini dengan lebih pengalaman, lebih perwatakan, menjaringkan gol dan lebih seimbang.

"Saya rasa semua ini bagus untuk pengurus berikutnya, dia akan memiliki pasukan yang bagus dan pemilik kelab akan membeli pemain baru.

"Pasukan ini mampu mencabar kejuaraan liga musim depan."Saya banyak menerima banyak mesej dalam laman web yang mengucapkan terima kasih. Mereka menghargai apa yang saya lakukan," katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...