3 Mei 2013

Liga Europa : Chelsea 3 Basel 1

Chelsea menempah perlawanan akhir menentang kelab Portugal Benfica di Amsterdam akhir bulan ini selepas membenam FC Basel 3-1 untuk mencatat agregat 5-2 pada aksi separuh akhir kedua Liga Europa awal pagi tadi.


Penyandang juara Eropah itu yang beraksi berbekalkan kemenangan 2-1 daripada pertemuan pertama lalu, pada mulanya hilang kelebihan itu selepas Mohamed Salah menyumbat gol pembukaan untuk Basel mengikat agregat.

Namun, anak-anak buah pengurus sementara, Rafael Benitez bangkit menjaringkan gol selepas babak kedua bersambung menerusi Fernando Torres, Victor Moses serta David Luiz.

Chelsea berpeluang mencipta sejarah menjadi kelab pertama memenangi Piala Europa selepas menang Liga Juara-Juara pada musim sebelumnya jika mereka menang pada final nanti.[sumber]



0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...