16 Mei 2013

Chelsea julang Piala Liga Europa

Gol masa kecederaan Branislav Ivanovic membantu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea menjuarai kejohanan Liga Europa selepas menundukkan Benfica 2-1 pada perlawanan akhir, awal pagi tadi.


Kejayaan Chelsea menjulang piala Liga Europa sebentar tadi menjadikannya kelab EPL pertama berjaya menjulang kesemua tiga piala utama UEFA.

Terdahulu, penyerang Chelsea, Fernando Torres meletakkan kelab EPL itu di depan selepas melakukan larian solo sebelum berjaya menewaskan pemain pertahanan dan penjaga gol Benfica untuk jaringan awal pada minit ke-59.


Bagaimanapun, sembilan minit kemudian, pemain Benfica, Oscar Cardozo berjaya menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Ketika masa sudah melewati minit ke-90, Chelsea yang dihadiahkan sepakan penjuru yang diambil Juan Mata berjaya ditanduk Ivanovic yang melepasi penjaga gol lawan dan menerjah jaring.

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...