Pada perlawanan itu, Chelsea tumpas 0-1 menerusi jaringan Jermaine Beckford pada minit ke-75.
Nasib Ancelotti sudah diketahui sejak kelabnya tumpas 1-2 di tangan Manchester United di Old Trafford, 8 Mei lalu.
Namun pengurusan The Blues enggan terburu-buru mengumumkan keputusan itu kerana tidak mahu moral pasukan terjejas.
Kini beberapa nama besar dikaitkan dengan Chelsea antaranya lagenda Belanda Marco Van Basten, Guus Hiddink (Jurulatih pasukan Turki), Andre Villas-Boas (Porto) dan Frank Rijkaard yang pernah mengendalikan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.[sinar]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan