LONDON: Usaha Chelsea untuk memastikan kedudukan sebagai naib juara Liga Perdana Inggeris terencat seketika apabila tandukan Steven Taylor pada masa kecederaan memastikan pasukan pelawat Newcastle United seri 2-2 di Stamford Bridge, malam tadi.
Pasukan dari London itu gagal mempertahankan kejuaraan apabila Manchester United mengesahkan trofi EPL milik mereka sesudah seri 1-1 di Blackburn Rovers, kelmarin.
Namun Chelsea kelihatan tidak kecewa pada awalnya apabila mendahului seawal minit kedua menerusi pemain pertahanan, Branislav Ivanovic.
Bagaimanapun, Newcastle menyamakan lapan minit kemudian menerusi pemain tengah Argentina, Jonas Gutierrez.
Chelsea kemudiannya mendahului semula tujuh minit sebelum tamat apabila kesilapan penjaga gol Newcastle, Tim Krul, yang tersalah agak sepakan percuma Frank Lampard, membolehkan pertahanan Brazil, Alex menanduk masuk ke penjuru gol.
Namun pemain pertahanan, Taylor menghukum kegagalan benteng Chelsea mengeluarkan bola daripada sepakan sudut dengan menanduk masuk dari jarak dekat sebaik sebelum wisel penamat.[metro]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan