5 Mei 2011

Man. United mula goyah-Malouda

Florent Malouda mendakwa Manchester United mula menunjukkan tanda-tanda goyah berikutan tekanan Chelsea dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.Skuad The Blues bimbingan Carlo Ancelotti akan mengatasi United sebagai pendahulu carta Liga Perdana andai menang di Old Trafford Ahad ini - dua bulan selepas mereka ketinggalan 15 mata di belakang kelab bimbingan Sir Alex Ferguson itu.United mula menunjukkan tanda goyah kali pertama apabila tewas kepada Arsenal Ahad lalu, 24 jam selepas Chelsea merapatkan jurang kepada hanya tiga mata hasil kemenangan kontroversi ke atas Tottenham.

Dengan bahang kini kian terasa, kapten Perancis, Malouda menegaskan keengganan Chelsea menyerah kalah menjadi kunci utama kejayaan mereka mengubah kedudukan selesa United itu kepada satu perebutan sebenar.

“Kami di tangga ketiga dan mahu mengatasi Arsenal dengan memenangi semua baki empat perlawanan,” katanya.“Apa yang kami boleh lakukan hanyalah memenangi semua perlawanan kami dan berharap United tercicir mata untuk membolehkan kami kembali dalam persaingan merebut kejuaraan. Itu yang berlaku sekarang dan setiap perlawanan kini diambil kira.

“Dalam permainan ini ada banyak tekanan tetapi dalam perlawanan besar barulah anda dapat lihat karektor pemain. Kami seronok menikmati permainan ini. Kami perlu pastikan beraksi pada tahap terbaik kami.”
Malouda berang dengan spekulasi di Stamford Bridge bahawa dia dan Nicolas Anelka menduduki senarai teratas untuk meninggalkan kelab itu musim depan.

Gol menakjubkan jaringannya ketika menentang West Ham yang bayangi kejayaan Fernando Torres menamatkan kemarau jaringan sejak menyertai Chelsea - adalah gol ke-13 dijaringkan Malouda - prestasi terbaiknya sejak menyertai kelab itu dari Lyon pada 2007.[beritaharian]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...