Berita itu merupakan tamparan hebat kepada pemain dan penyokong Chelsea yang menagih kepulangan Mourinho ke Stamford Bridge.
Seorang rakan Mourinho memberitahu, pengurus Portugal itu tidak pernah menyembunyikan perasaannya bahawa Chelsea masih mendapat tempat dalam hatinya dan dia mahu kembali pada suatu hari nanti.
"Masalahnya ialah segala-galanya tidak berubah di Bridge semenjak pemergiannya, mereka masih mengulangi kesilapan lampau," katanya.
Sebelum ini Mourinho diletakkan sebagai calon utama mengisi kekosongan Ancelotti, yang dipecat Ahad lalu.
mungkinkah Andre Villas-Boas?? |
Ejen kepada jurulatih Malaga, Manuel Pellegrini telah memberi bayangan bahawa Chelsea sudah mengorak langkah terhadap pelanggannya dan jurulatih Porto, Andre Villas-Boas yang baru-baru ini menjuarai Liga Europa dan Liga Portugal, juga dalam radar Chelsea.[utusan]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan