LONDON - Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilaporkan bakal membelanjakan £80 juta (RM394 juta) pada musim panas ini untuk memantapkan lagi pasukan itu.
Jutawan Rusia itu mahu skuad The Blues menampilkan corak permainan yang lebih menghiburkan dan menyerang pada saingan musim depan.Musim ini, Abramovich telah membelanjakan £72 juta (RM353 juta) untuk membawa masuk Fernando Torres dan David Luiz ke Stamford Bridge.
Kini beliau meletakkan sasaran untuk menandatangani tiga lagi pemain iaitu pemain tengah yang kreatif, pemain sayap yang laju dan pertahanan tengah berkelas dunia.
Abramovich dilaporkan telah memberi arahan kepada ketua eksekutif Chelsea, Ron Gourlay untuk mengenal pasti pemain-pemain itu.
Sasaran itu dipercayai termasuk kapten Arsenal, Cesc Fabregas, bintang muda Tottenham Hotspur, Gareth Bale dan pemain pertahanan Belanda, Gregory van der Wiel.
"Roman (Abramovich) sering kali mahu melihat Chelsea menampilkan corak permainan yang digelar 'bola sepak seksi'," menurut satu sumber kelmarin.
"Beliau lebih berminat untuk melihat satu perlawanan yang dimenangi dengan keputusan 4-3 berbanding 1-0."
Antara pemian lain yang disenarai pendek:
Wesley Sneijder
Thomas Muller
Adam Johnson
Matt Jarvis
Ashley Young
Jack Rodwell
Marouane Fellaini
Luka Modric
Andrey Arshavin
*dahsyat la..kalau dapat adam johnson,bale,muller dan cesc fabregas ok la tu..
9 Pengulas Sukan:
waa ~ Tia tak minat bola . hehe . tapi Tia tinggalkan jejak di sini okey :)
ok..tq..
owh kalau dapat yang ko cakap tuh..aishh..memang gila season depan...kejar dan lead..lead dan kejar..last2 beza jaringan jadi penentuan..drama yang aku x suka tengok..hehhe..ada ura2 nak coach baru ke?ke nak kekalkan pak cik lotti tuh?
memang bnyak nak beli..dpt 3 player tu pun ok dah..kejar mngejar ni drama aku tk suka jugak ni..nak tunggu smpai habis..hehe.. aku rasa kalau menang liga ni tak tukar kot.tp kalau kalah bye2 je la lotti...jutawan russi ni kan betul sgt kepala dia..nak gaya permainan seksi tu..aku pun tak paham seksi mcm mana tu..hahaha
chelsea ni nak beli yg meletup je... jgn jd cam madrid sdahla,..
amik la pemain muda... lukaku pun ok jg 2.
hahah..bek antar coach study permainan barca TIKI TAKA..passing2 superb..pahtu develop dalam sistem chelsea..baru bengan top 4 nak men..hahaha yela possesion cam haram nak kalahkan chelsea..heheh..ada player muda chelsea aku suka..gael kakuta
musm depan tu yg muda2..skrang bg pinjam dulu..hehe.. chlsea cara main slow..memang macam tu dri dulu..kdg2 ada laju tp mula2 je..
Catat Ulasan