Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui masa depan Didier Drogba di Chelsea tidak ketentuan namun menegaskan Fernando Torres tidak akan berhijrah ke kelab lain.Prospek kedua-dua pemain itu kekal di kelab itu diragui dengan Drogba dijangka menuruti jejak langkah Nicolas Anelka ke China manakala wujud spekulasi Blues bersedia menanggung kerugian ke atas pembelian Torres.
Namun Villas-Boas, pasukannya cuba untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut Liga Perdana Inggeris di Wigan awal pagi esok, menegaskan beliau berhasrat untuk mengekalkan kedua-dua penyerang itu di Stamford Bridge.Drogba, 33, muncul penyerang pilihan utama Villas-Boas sejak kebangkitan Chelsea baru-baru ini namun akan tamat kontrak hujung musim ini.
Bercakap sebelum kunjungan ke Wigan, pengurus itu mengakui jangka masa yang difikirkan untuk melakar kontrak baru agak merunsingkan namun berharap ia dapat dipersetujui akhirnya.“Ia antara dua atau satu tahun dan kami menunggu untuk melakukan keputusan terbaik,” kata Villas-Boas.
“Situasi ini masih berterusan dan kami harap untuk menyelesaikannya. Apa pun keputusannya atau persetujuan, tidak ada persoalan mengenai sikap profesionalisme dan integriti dan dia akan terus menyarung jersi Chelsea musim ini.
“Kepentingan Didier jelas, ia bukan hanya kerana dia bertindak baik ketika ini. Perbincangan berlangsung sejak awal dan kami akan berusaha menyelesaikannya.“Bukannya tertakluk kepada saya untuk bercakap apa yang ada dalam fikiran Didier ketika ini mengenai masa depannya.
“Apa yang saya fikir adalah jelas dia banyak terbabit dengan perlawanan Chelsea dan dalam fikirannya bersaing dengan rakan sepasukannya di kelab. Ia perkara yang menyenangkan, komitmen daripada pemain. Sikap profesionalisme dia tidak dipersoalkan.”[sumber]
1 Pengulas Sukan:
Arul kembali! yeahhh!
Catat Ulasan