David Villa merupakan pemain penting dalam skuad
Barcelona, kata rakan sepasukannya Andred Iniesta di tengah-tengah
spekulasi bahawa penyerang Sepanyol itu akan berpindah pada musim
perpindahan Januari ini.
Menurut laporan media Britain baru-baru ini, jurulatih Chelsea, Rafa
Benitez mahu mendapatkan khidmat Villa secara pinjaman sehingga hujung
musim ini bagi membolehkan pemain tersebut bergandingan dengan teman
senegaranya, Fernando Torres dalam kelab Liga Perdana Inggeris pada
posisi depan.
"Saya tidak tahu jika ada kebarangkalian dia akan meninggalkan kelab, saya sebenarnya sama sekali tidak berfikir begitu.
"Secara peribadi saya tidak rasa perkara ini akan berlaku kerana
Villa merupakan pemain penting untuk Barca," kata pemain tengah itu yang
dipetik daripada media Sepanyol.
Villa kembali beraksi pada awal musim ini selepas pulih daripada
kecederaan patah kaki sewaktu menyertai Piala Kelab Dunia, Disember
tahun lalu tetapi tidak kerap disenaraikan dalam kesebelasan utama sejak
jurulatih baru Barca, Tito Vilanova menjadi pengendali kelab itu.
Penjaring terbanyak Sepanyol berusia 31 tahun itu berada dalam skuad
utama untuk enam daripada 17 perlawanan La Liga dan hanya tampil sekali
daripada enam pertemuan Liga Juara-Juara serta menjaringkan lima gol
secara keseluruhannya.
Dia menyertai Barca dari Valencia pada penghujung 2009/10 dan membantu kelab memenangi La Liga.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan