31 Oktober 2012

Juan mata tetap bersikap positif

Juan Mata terus berdiam diri berhubung tuduhan membabitkan Mark Clattenburg yang menggunakan kata-kata kesat ke atasnya dalam blog peribadinya yang mengulas kekalahan Chelsea kepada Manchester United, kelmarin.

Clattenburg caci Obi Mikel -pemain Chelsea buat akuan bersumpah

Sekumpulan pemain Chelsea yang berang telah membuat perakuan bersumpah yang mendakwa John Obi Mikel dicemuh dengan kata-kata berbaur perkauman oleh pengadil, Mark Clattenburg.

30 Oktober 2012

Petugas Chelsea cedera - FA siasat

Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) akan buka kertas siasatan  insiden seorang petugas Chelsea yang dibaling objek sehingga mendatangkan kecederaan ketika perlawanan antara The Blues menentang Manchester United yang berlangsung di Stamford Bridge, kelmarin.

Di Matteo salahkan pengadil

Di Matteo menyalahkan pengadil perlawanan yang didakwa silap membuat  keputusan sehingga menyebabkan pasukan itu tewas 2-3 kepada Manchester United.

Di Matteo rayu kekalkan Cole

Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo merayu kepada Roman Abramovich agar melakukan apa sahaja yang perlu untuk mengekalkan Ashley Cole di Stamford Bridge.

29 Oktober 2012

Chelsea kemuka aduan terhadap pengadil

Chelsea mengemukakan aduan rasmi mengenai perkataan yang diucapkan pengadil, Mark Clattenburg terhadap dua pemainnya yang mencetuskan kontroversi kekalahan 2-3 kepada Manchester United di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

BPL: Chelsea 2 Man.Utd 3

Manchester United merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea apabila menang 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik dan mengundang kontroversi di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

28 Oktober 2012

Oscar sasar ledak 20 gol

Bintang tengah sensasi Chelsea, Oscar menyasarkan untuk menyumbat 20 gol dalam musim sulungnya bersama kelab itu.

25 Oktober 2012

Mahu balas dendam ke atas Shakhtar - RDM

Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo terus mengalihkan tumpuan menghadapi perlawanan timbal balik menentang Shakhtar Donesk selepas skuad bimbingannya diaibkan 2-1 oleh juara Ukraine itu pada perlawanan Kumpulan E, Liga Juara-Juara, awal pagi semalam. 

Shakhtar berhak memenang - Luiz

Harapan Chelsea untuk melangkah sebagai 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara terjejas awal pagi semalam apabila penyandang juara itu tewas buat kali pertama kepada Shakhtar Donetsk 1-2 dalam misi mempertahankan kejuaraan.

24 Oktober 2012

UCL: Shakhtar 2 Chelsea 1 - highlights

Juara bertahan, Chelsea hilang tiga mata buat pertama kali dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila tewas 1-2 kepada Shakhtar Donetsk, dalam saingan peringkat Kumpulan E, awal pagi tadi.

23 Oktober 2012

‘Tiada rehat untuk Terry’ - RDM

Roberto Di Matteo tidak bercadang merehatkan John Terry yang menjalani penggantungan empat perlawanan kerana didapati bersalah meluahkan kata-kata berbaur perkauman ke atas Anton Ferdinand.

Shakhtar Donetsk ujian getir Celsea

Gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea berdepan ujian terbesarnya dalam usaha mempertahankan kejuaraan Eropah apabila berkunjung ke Ukraine untuk menentang pasukan yang sedang berada di kemuncak prestasi, Shakhtar Donetsk dalam saingan Liga Juara-Juara, esok. 

22 Oktober 2012

RDM sokong kekalkan Terry ketua pasukan

Roberto Di Matteo menyokong keputusan ahli lembaga pengarah Chelsea membenarkan John Terry kekal sebagai kapten kelab sekalipun didapati bersalah meluahkan kata-kata berbaur perkauman.

21 Oktober 2012

Chelsea kukuh kedudukan pendahulu

Juan Mata meledakkan dua gol untuk membantu Chelsea menewaskan Tottenham Hotspur 4-2 pada aksi Liga Perdana England malam tadi.

20 Oktober 2012

Tottenham 2 Chelsea 4 Highlights

Tottenham 2 Chelsea 4..gol2 chelsea dijaringkan oleh cahill (17) juan mata (66) (69) dan Sturridge (90)

19 Oktober 2012

Terry tidak akan merayu

Kapten Chelsea, John Terry membuat keputusan untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan selepas didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman kepada pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand.

18 Oktober 2012

Torres kini lebih gembira di Stamford Bridge

Fernando Torres mengaku ada ketikanya tidak kisah jika Chelsea menang atau kalah namun kini dia seronok dengan kehidupan baru bersama juara Eropah itu.

17 Oktober 2012

Sturridge mahu tinggalkan Chelsea

Daniel Sturridge berharap dapat meninggalkan Chelsea pada musim perpindahan pemain Januari ini dalam usaha merampas kembali tempatnya dalam skuad England.

16 Oktober 2012

Cole tinggalkan Stamford Bridge?

Tonggak pertahanan Chelsea, Ashley Cole bersedia meninggalkan Stamford Bridge pada penghujung musim ini sekiranya gagal mencapai kata putus berhubung lanjutan kontrak baharunya bersama kelab itu.

13 Oktober 2012

Ashley Cole mengaku salah

Pertahanan England, Ashley Cole mengaku bersalah atas tuduhan salah laku Persatuan Bola Sepak (FA) England, kerana mengeluarkan penghinaan dilakukan di laman Twitternya, demikian menurut badan induk bola sepak negara itu, semalam.

11 Oktober 2012

Shanghai tawar Lampard RM1.2 juta

Kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua, dikatakan bersedia menawarkan gaji £250,000 (RM1.2 juta) seminggu selepas cukai kepada pemain Chelsea, Frank Lampard.

Hanya kontrak 12 bulan untuk Lampard dan A.Cole

Chelsea tidak akan menawarkan kontrak jangka panjang kepada Frank Lampard dan Ashley Cole.Kontrak dua pemain England itu kini berbaki setahun dan mereka mahu menyelesaikan kekusutan mengenai masa depan di Stamford Bridge.

8 Oktober 2012

Chelsea siasat komen twitter A.Cole

Jurulatih Chelsea, Roberto Di Matteo mengesahkan prosiding disiplin ke atas Ashley Cole telah dibuka berikutan komen kesat pemain itu tentang Persatuan Bola Sepak England (FA) di laman sosial Twitter.

7 Oktober 2012

Di Matteo gembira prestasi Chelsea

Pengurus Chelsea, Roberto di Matteo gembira dengan pencapaian pemainnya setelah berjaya menundukkan Norwich City 4-1 di Stadium Stamford Bridge, semalam.

EPL: Chelsea 4 Norwich 1 - highlight

Chelsea meneruskan rentak kecemerlangan apabila gah menundukkan Norwich city 4-1, Dengan kemenangan ini, Chelsea berjaya meraih tiga mata untuk mengukuhkan kedudukannya dipersada liga dengan mengumpul 19 mata setelah berakhirnya tujuh perlawanan setakat ini.

6 Oktober 2012

Ashley Cole minta maaf kepada FA

Pemain pertahanan Chelsea dan England, Ashley Cole memohon maaf kepada Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kerana mengkritik badan induk bola sepak itu selepas kecewa keterangannya dalam kes kenyataan rasis John Terry dipertikaikan.

Di Matteo optimis kukuh cengkaman liga

Roberto Di Matteo menegaskan Chelsea masih mampu meningkat ketika juara Eropah itu menyasarkan untuk mengukuhkan cengkaman di persada Liga Perdana Inggeris.

Chelsea belum sempurna - RDM

Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo mengakui skuad The Blues masih belum sempurna dan banyak ruang yang perlu diperbaiki.

5 Oktober 2012

Oscar langkah kanan

Penyokong Chelsea tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan kehebatan Oscar sebaik pengumuman ketibaannya ke kelab itu, apabila pemain berusia 21 tahun itu bertanding di Sukan Olimpik London, malah ia bukan cerita yang diada-adakan apabila berpeluang menyaksikannya di depan mata sendiri.

4 Oktober 2012

Chelsea mampu pertahan trofi juara - Lampard

“KAMI tidak berangan-angan kosong untuk mempertahankan trofi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Cech yakini Chelsea

Petr Cech sudah berusia 30 tahun dan meraih pelbagai gelaran sepanjang bersama Chelsea. Cech dianggap sebagai antara penjaga gol terbaik dunia, menjulang kejayaan sejak menyertai kelab itu pada 2004 dan membantu kelab London itu mengakhiri penantian menjulang trofi Liga Juara-Juara.

3 Oktober 2012

UCL : Nordsjaelland 0-4 Chelsea highlight

Chelsea membenam Nordsjaelland 4-0 dalam saingan liga juara2 yang berlansung awal pagi tadi.Gol2 chelsea di jaringkan oleh Mata 33, 81, David Luiz 79, Ramires 88.

2 Oktober 2012

‘Saya masih bertenaga’ - Torres

Penyerang Chelsea, Fernando Torres berkata dia tidak perlu direhatkan bagi kunjungan perlawanan Liga Juara-Juara menentang kelab pendatang baru, FC Nordsjaelland, awal pagi esok.

1 Oktober 2012

Keputusan tepat senaraikan Terry - RDM

Pengurus Chelsea, Roberto di Matteo mengakui beliau pada mulanya bercadang untuk mengetepikan John Terry daripada skuad pendahulu Liga Perdana itu ketika menang 2-1 ke atas musuh ketat London, Arsenal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...