26 Mei 2012

Torres sedia penuhi impian bersama Chelsea

Fernando Torres kini bersedia memenuhi impiannya bersama Chelsea selepas mengakui pernah putus harapan pada awal kariernya di Stamford Bridge.

25 Mei 2012

Torres ganti Drogba sebagai penyerang utama chelsea

Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay menyokong Fernando Torres untuk menggantikan Didier Drogba sebagai penjaring gol utama kelab itu.

Semangat baru Lampard

Frank Lampard percaya kejayaan manis yang dikecapi pemain Chelsea selepas meraih gelaran Liga Juara-Juara mampu membantu England meraih kejayaan pada saingan Euro 2012.

24 Mei 2012

Di Matteo ugut tinggalkan Chelsea

ROBERTO Di Matteo mahu meninggalkan Chelsea melainkan jika beliau mendapat jawatan pengurus tetap untuk satu tempoh kekal dan lebih daripada setahun.

Kini masa untuk Torres - Drogba

Didier Drogba berkata pemain bernilai 50 juta (RM247.5 juta) Fernando Torres mampu menggantikannya dalam legenda Chelsea. 

Hazard mungkin ke Chelsea

Ejen Eden Hazard mendakwa beberapa terma sudah dipersetujui dengan Chelsea, Manchester City dan Manchester United namun pemain itu belum membuat keputusan muktamad pasukan mana yang akan disertainya musim depan.

Drogba berunding dengan Shenhua

Kelab Shanghai Shenhua akan meneruskan perundingan dengan Didier Drogba seperti yang dirancang dan ia menghangatkan lagi spekulasi penyerang itu bakal berpindah ke China selepas mengumumkan meninggalkan Chelsea.

23 Mei 2012

Drogba sah tinggalkan Chelsea

Penyerang Ivory Coast, Didier Drogba mengesahkan akan meninggalkan juara Eropah yang baru, Chelsea selepas kontraknya bersama kelab EPL itu tamat akhir Jun ini.

Breaking News: Farewell Drogba





ArulchelseA: Selamat jalan untuk drogba..

22 Mei 2012

Drogba tinggalkan Chelsea

Bintang bola sepak Ivory Coast, Didier Drogba memberitahu rakan sepasukannya dalam Chelsea bahawa dia akan meninggalkan kelab yang baru menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama ini kerana tidak mahu hanya diletakkan di bangku simpanan.

Penyokong sambut kepulangan Chelsea

Ratusan ribu penyokong Chelsea berhimpun menyambut kepulangan wira mereka semalam ketika pasukan berarak mengelilingi bandar menaiki bas tidak berbumbung selepas berjaya menumpaskan Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara.

Torres perlu tinggalkan chelsea

Penyerang Chelsea Fernando Torres meragui masa depannya bersama kelab yang baru dinobatkan sebagai juara baru Eropah, apabila menyifatkan musim lepas adalah yang paling sukar sepanjang kariernya.

Villa mahukan Di Matteo

Pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo yang membawa Blues memperoleh kejuaraan Liga Juara-Juara terkejut apabila menjadi sasaran Aston Villa untuk mengendalikan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Chelsea perlu empat koleksi trofi Liga Juara - Abramovich

Kejayaan Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara masih belum menerbitkan perasaan puas bagi pemilik The Blues, Roman Abramovich.

21 Mei 2012

Terry,Cech dan Lampard mahukan Di Matteo

Pemain Chelsea telah menunjukkan isyarat jelas bahawa mereka mahukan Roberto Di Matteo menjadi jurulatih sepenuh masa selepas berjaya membawa pulang trofi Liga Juara-Juara yang sangat diidamkan pemilik kelab, Roman Abramovich ke Stamford Bridge, semalam.

Kemenangan terbaik dalam karier bola sepak - Terry

Ketua pasukan Chelsea, John Terry terlepas kemenangan penentuan penalti kelab itu ke atas Bayern Munich dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara semalam masih menganggapnya sebagai detik terbaik kariernya.

Saya tidak pernah ragui Blues - Lampard

Kapten Chelsea, Frank Lampard tidak pernah meragui keupayaan Blues untuk menang pada penentuan sepakan penalti ketika menentang Bayern Munich sekali gus merangkul gelaran Liga Juara-Juara yang pertama.

Cech wira Chelsea

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech merumuskan musim mereka sebagai ‘amat gila’ selepas membantu Blues memenangi trofi Liga Juara-Juara kali pertama selepas penentuan sepakan penalti penuh dramatik.

Di Matteo pengganti terbaik

Gianfranco Zola menyarankan kepada Chelsea untuk melantik Roberto Di Matteo mengalas tugas sebagai pengurus tetap selepas bekas rakan pasukannya itu berjaya membimbing Blues menjulang mahkota Liga Juara-Juara buat kali pertama.

Drogba dihantui memori kegagalan sepakan penalti

Didier Drogba mendedahkan dia dihantui memori kegagalan sepakan penalti pada Piala Negara-Negara Afrika ketika tampil untuk mengambil sepakan penentuan Chelsea menentang Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

20 Mei 2012

Di Matteo bangga Chelsea juara

Pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo melahirkan rasa bangga apabila anak buahnya berjaya mempamerkan aksi cemerlang untuk menjulang trofi Liga Juara-juara buat kali pertama.

Gambar - gambar menarik final Champion League 2012


Liga Juara: Chelsea muncul juara


Chelsea muncul juara kejohanan Liga Juara-juara dengan menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi tendangan penalti.

19 Mei 2012

‘Kami sudah bersedia’ - Lampard

Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard berazam menamatkan tahun yang penuh kacau-bilau dengan bergaya awal pagi esok selepas musim turun naik menyaksikan mereka bangkit daripada kemerosotan dan kini berada di ambang kegemilangan Liga Juara-Juara.

Luiz teruja beraksi di final

David Luiz mungkin berasal dari Sao Paulo namun kehebatan Liga Juara-Juara dari sudut global menyebabkan pemain Brazil itu tidak teragak-agak pentingnya beraksi mewakili Chelsea pada final menentang Bayern Munich, awal pagi esok.

Cech harap kemenangan jadi hadiah hari jadi

Petr Cech berharap sambutan hari jadinya tidak suram dengan penjaga gol Chelsea itu genap 30 tahun sehari selepas final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.

Chelsea bukan pilihan juara - Ballack

Michael Ballack menganggap Chelsea sebagai pasukan bukan pilihan pada final Liga Juara-Juara awal pagi esok namun menegaskan mereka mungkin boleh melakukan kejutan ke atas Bayern Munich.

Drogba Tekad tebus kecewa ‘08

Didier Drogba berazam menebus kekecewaan di Moscow dengan menamatkan penantian Chelsea untuk ditabal juara Eropah pada final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, awal pagi Ahad ini.

Hodgson pertahan Terry

Pengurus kebangsaan England, Roy Hodgson tetap dengan keputusannya menyenaraikan pemain kontroversi, John Terry ke dalam skuad The Three Lions ke Kejohanan Euro 2012 di Poland-Ukraine bermula Jun ini.

17 Mei 2012

Barcelona minat Drogba

 Barcelona mengintai peluang untuk mendapatkan Didier Drogba menerusi perpindahan percuma dari Chelsea.

Tugas sukar chelsea - Roberto Di Matteo

Roberto Di Matteo berdepan dugaan paling sukar sepanjang memikul tugas sebagai pengurus kerana bakal mengetuai skuad berdepan masalah kecederaan dan penggantungan perlawanan apabila bertemu Bayern Munich pada pentas final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad ini.

Luiz, Cahill harap cergas sebelum final

Pertahanan tengah Chelsea, David Luiz dan Gary Cahill berharap akan cergas sepenuhnya bagi pertembungan final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich awal pagi Ahad ini selepas melengkapkan latihan penuh pertama berikutan kecederaan hamstring.

16 Mei 2012

‘Resipi Chelsea’ di final liga juara-juara

Roberto Di Matteo mungkin menggandingkan Didier Drogba dan Fernando Torres pada final Liga Juara-Juara selepas gandingan itu berjaya memastikan Chelsea menewaskan Blackburn.

14 Mei 2012

Chelsea wajib menang Liga Juara-Juara - Juan Mata

Kegagalan Chelsea menamatkan saingan di tangga empat teratas Liga Perdana Inggeris menyebabkan mereka lebih terdesak untuk memenangi Liga Juara-Juara, menurut Juan Mata.

BPL: Keputusan Chelsea vs Blackburn rovers


Chelsea mengakhiri kempen liga dengan kemenangan 2-1 ketika menentang blackburn di stamford bridge.Gol2 Chelsea dijaringkan oleh terry minit ke 30 dan meireles minit ke 33.

12 Mei 2012

Terry berdebar tunggu panggilan Hodgson

Kapten Chelsea, John Terry masih menunggu panggilan daripada pengurus baharu England, Roy Hodgson.Terry berharap dia akan disenaraikan dalam skuad The Three Lions, sekali gus beraksi pada pusingan akhir Euro 2012 di Poland dan Ukraine bulan depan.

Chelsea tidak takut untuk berdepan Bayern Munich

Chelsea tidak takut untuk berdepan Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena, 20 Mei ini.

11 Mei 2012

Nasib Terry, Ferdinand diketahui 16 Mei ini

Pengurus England, Roy Hodgson akan menamatkan teka-teki berhubung nasib John Terry dan Rio Ferdinand apabila dia akan menamakan skuadnya bagi Euro 2012, minggu depan.

Drogba nekad tinggalkan Blues

Didier Drogba tetap dijangka meninggalkan Chelsea musim panas ini, sekalipun membantu Blues menjuarai Piala FA Inggeris dan layak ke final Liga Juara-Juara.

Di Matteo masih belum selamat

Pemilik Chelsea, Roman Ab- ramovich dilaporkan bakal memecat pengendali sementara skuad The Blues, Roberto Di Matteo meskipun berjaya merangkul trofi Liga Juara-Juara musim ini.

10 Mei 2012

Cahill, Luiz belum pasti beraksi di Munich

Roberto Di Matteo berkata, dia masih belum pasti sama ada pemain pertahanan Gary Cahill dan David Luiz dapat beraksi untuk Chelsea pada final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich 19 Mei ini.

Peluang terakhir Drogba tandatangan kontrak baru

Didier Drogba diberi peluang terakhir untuk menandatangani kontrak baru dengan Chelsea.

9 Mei 2012

BPL: Keputusan Liverpool vs Chelsea

Liverpool menghukum kelemahan pertahanan Chelsea untuk mencatat kemenangan 4-1 pagi tadi sekali gus sebagai membalas dendam ketika tumpas pada final Piala FA Sabtu lalu dan mengetepikan skuad Blues daripada tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

8 Mei 2012

Chelsea buru tangga keempat liga

Pasukan bimbingan Roberto di Matteo akan bertemu Liverpool di Anfield dalam saingan Liga Perdana Inggeris, esok dengan meletakkan harapan baru untuk menamatkan saingan di tangga empat teratas sekali gus menjamin kedudukan dalam kelayakan Liga Juara-Juara.

7 Mei 2012

"Orang tua Chelsea adalah emas"- Terry

John Terry membidas semua pengkritik yang menyifatkan Chelsea sebagai pasukan tua, sejurus selepas menyaksikan sumbangan orang lama Blues membawa mereka merangkul kejuaraan Piala FA buat kali keempat dalam tempoh enam musim dengan menundukkan Liverpool 2-1 di Wembley, kelmarin. 

Bola belum lepas garisan - Cech

Walaupun caroll dan Kenny Dalglish mengkritik pengadil tetapi Cech tetap mempertahankan Dowd dan menegaskan pengadil itu membuat keputusan yang tepat, namun dia tetap menggesa pihak berkuasa bola sepak agar memperkenalkan teknologi garisan gol. 

Drogba raja di wembley

Didier Drogba mengaku jaringannya ketika membantu Chelsea melakar kemenangan 2-1 ke atas Liverpool pada final Piala FA adalah kemenangan yang tidak dapat dilupakan sekali gus menjadikan kehidupannya bersama Blues terlalu istimewa.

Chelsea cipta sejarah piala FA

Roberto Di Matteo enggan melayan soalan mengenai masa depannya selepas Chelsea memenangi Piala FA buat kali keempat dalam tempoh enam musim dengan menundukkan Liverpool 2-1, di Stadium Wembley.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...